web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

Pendidikan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2024 2:11PM

Perdana Menteri ketika berucap pada sambutan Hari TVET Negara - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Kerajaan akan menyediakan pembiayaan tambahan sebanyak RM200 juta untuk pelajar yang mengikuti program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan peruntukan tersebut berkata, ia mampu memberi manfaat kepada  kira-kira 13,000 pelajar. 

“Peruntukan ini akan disalurkan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

“Ia bagi membiayai pelajar dalam bidang industri berasaskan peralihan tenaga, teknologi dan digital, elektrik dan elektronik bernilai tinggi, pertanian dan industri asas tani, serta industri nadir bumi,” katanya dalam sempena Hari TVET Negara hari ini.

Menurut Anwar, peruntukan itu  memberi tumpuan khusus kepada bidang seperti Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle atau EV), Keselamatan Siber (Cyber Security), Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence atau AI), Bahan Termaju (Advanced Materials) dan Teknologi Elektronik.

“Langkah ini diambil untuk menggalakkan institusi TVET membangunkan program latihan yang selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi (high-growth high value, HGHV),” katanya.

Jelasnya, peruntukan terbabit selari dengan dasar menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap, NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (National Industrial Master Plan 2030, NIMP).

“Dasar ini kita bangunkan bagi mewujudkan peluang pekerjaan berimpak tinggi yang memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0, perubahan iklim, amalan kemampanan, anjakan demo grafi, dan globalisasi rantaian nilai,” katanya. - Getaran, 8 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Mahu Kemiskinan Tegar Di Sabah Dinoktah Sebelum Akhir Julai

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global