web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN Johor Satu Helah, Ambil Kesempatan Atas Kesusahan Rakyat - PH

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Jan 2022 1:31PM

Aminolhuda Hassan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah satu helah yang digunakan untuk mengambil kesempatan atas kesukaran pengundi pulang ke negeri itu ketika ini.

Barisan pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkata, ketika ini bukan waktu sesuai untuk melaksanakan PRN, mengambil kira senario semasa yang berlatar pelbagai musibah, termasuk penularan varian Omicron.

Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, keadaan negeri itu yang masih berdepan bencana banjir juga mendatangkan kesukaran buat rakyat, apatah lagi yang menetap di luar kawasan.

“Penggal pentadbiran berbaki kurang lebih setahun sahaja lagi. Mengapa tidak boleh tunggu sehingga keadaan kesihatan dan ekonomi lebih stabil?

“Lagipun pelaksanaan PRN Johor ini bakal menelan belanja sekurang-kurangnya RM150 juta, yang jelas adalah satu pembaziran wang rakyat,” katanya hari ini.

Pendapat senada disuarakan Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang berkata, PH Johor selama ini sebagai blok pembangkang terbesar di Dewan Undangan Negeri (DUN) telah memberikan kerjasama agar pentadbiran kerajaan berjalan dengan baik.

Keduanya bagaimanapun berkata, PH Johor tetap mengambil langkah mempersiapkan diri bagi menghadapi PRN biarpun ia bukan waktu yang tepat.

“Kami cukup yakin inilah kerisauan, hasrat serta nurani rakyat biasa pada ketika ini.

“Malangnya UMNO tidak menjiwai rakyat yang berada dalam keadaan susah.

“Ini adalah pilihan raya yang dipaksakan dan mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat,” kata mereka.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.

Pembubaran itu diperkenankan baginda ketika menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, petang semalam. - Getaran, 23 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi