web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Azmin Jangan Angkuh, PH Semakin Bersatu Tapi PN Kian Hancur

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 8:57PM

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang membenarkan PKR menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat tidak akan menjejaskan peluang gabungan itu untuk mencatatkan kemenangan.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, keputusan itu juga tidak akan mengelirukan pengundi dalam mereka membuat keputusan penting untuk masa depan rakyat Johor.

Menurut beliau, hal tersebut kerana logo PKR dan juga logo PH sudah sinonim kepada rakyat di Johor dan negara ini. 

"Tiada isu di peringkat PH untuk menggunakan logo PKR seperti Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, yang menyaksikan kita menggunakan logo PKR untuk semua calon PH. Rakyat di luar sana sudah biasa dengan logo ini. 

"Tidak timbul isu pergaduhan antara parti komponen PH. Pembahagian kerusi telah kita selesaikan iaitu PKR 20, DAP 16 dan Amanah 20 kerusi. Paling penting muafakat untuk bersama bagi kita membentuk kerajaan negeri Johor," katanya, hari ini. 

Shamsul Iskandar berkata, PRN Sabah boleh menjadi contoh, apabila PH menggunakan logo WARISAN sebagai taktik memenangi hati rakyat di negeri tersebut. 

"Kemudian, kita lihat pula bagaimana di PRN Sarawak, kita menggunakan logo parti masing-masing. Jadi, tidak sesiapa yang marah di peringkat PH untuk menggunakan logo PKR dalam PRN Johor," katanya. 

Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

Terdahulu, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keengganan PKR menggunakan logo PH pada PRN Johor menunjukkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula hilang keyakinan pada gabungan pembangkang itu.

Beliau mendakwa, akar umbi pembangkang kini hangat mempersoalkan tindakan Pengerusi PH itu yang dilihat tidak bersedia menggunakan logo PH.

Mohamed Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR menegaskan, rakyat Johor perlu mengambil kira perkara itu ketika membuat keputusan dalam PRN Johor nanti.

Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman memberi amaran kepada Mohamed Azmin agar berhati-hati dalam berbicara soal PH. 

Beliau menegaskan, pemimpin dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu sendiri kini berkecamuk dan hampir berpecah-belah.

"Secara jelas UMNO yang merupakan rakan sekutu rapat PN mula menolak gabungan itu kerana amalan politik khianat berleluasa dalam gabungan tersebut.

”Azmin semakin tidak dipercayai oleh rakan-rakan sekutunya kerana beliau sendiri mempunyai rekod pengkhianatan terhadap rakan sepasukan," katanya. 

Sehubungan itu, beliau menjangkakan masa depan politik Ahli Parlimen Gombak itu semakin kabur dan PN bakal terkubur dalam tempoh yang terdekat. 

”Selepas PRN Melaka, Sarawak dan kini di Johor, PN semakin ditinggalkan oleh rakyat dan sekutu mereka sendiri. 

”Justeru itu, saya ingin menasihatkan Azmin agar berhati-hati dalam berbicara kerana kisah pengkhianatannya akan sentiasa dikenang sepanjang hayat,” katanya. - Getaran, 31 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'