web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Tidak Taksub Pada Najib - Kit Siang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 5:27PM

Kit Siang nafi beliau obses dengan Najib. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang menyangkal dakwaan beliau terlalu taksub terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, tuduhan itu timbul selepas beliau mewujudkan pertanyaan siapa dalam kalangan pemimpin UMNO yang akan dipilih sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, kemunculan semula seorang penjenayah yang disabitkan kesalahan rasuah sebagai Perdana Menteri ke-10 atau ke-11 akan memberi implikasi serius kepada masa depan negara.

“Dalam empat dekad, apabila Malaysia bersiap sedia untuk meraikan ulang tahun ke-100 penubuhan negara pada tahun 2063, banyak persoalan yang membara hari ini akan hilang ke dalam kabus sejarah.

“Tetapi persoalan utama selepas mencapai masa empat dekad itu adalah sama ada Malaysia boleh bangkit sebagai masyarakat majmuk yang bersatu memulihkan kemerosotan negara, demi memenuhi Aspirasi Merdeka dan Aspirasi Malaysia seperti dihasratkan oleh Tunku Abdul Rahman,” katanya hari ini.

Semalam, Najib menerusi hantaran di media sosial semalam, menyindir sinis Kit Siang kerana menulis mengenai dirinya ketika masyarakat Cina sedang bergembira menyambut kedatangan tahun baharu.

“Kit Siang, kenapa hari pertama Dong Dong Qiang Tahun Baru Cina kamu habiskan masa untuk fikir, bimbang dan tulis berkenaan saya? Uncle tak raya? Cucu-cicit tak lawat ke?” soalnya, sinis.

Kit Siang menegaskan, masa hadapan negara bakal diputuskan dalam PRU-15 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Sama ada Malaysia akan menjadi kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal apabila kita merayakan usia seratus tahun pada 2063, akan diputuskan oleh rakyat Malaysia sekarang.

“Ini khususnya dalam PRU-15 dan dalam PRN Johor sama ada kemerosotan nasional setengah abad yang lepas akan berterusan dalam dekad akan datang,” katanya.

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, PRU-15 perlu menandakan kesinambungan aspirasi PRU-14 rakyat Malaysia untuk reformasi institusi, bagi memulihkan impian pengasas negara demi Malaysia menjadi negara hebat bertaraf dunia.

Sebagai rakyat Johor, beliau mahu melihat PRN di negeri itu sebagai permulaan proses untuk menghentikan kemerosotan negara dalam setengah abad yang lepas, daripada hampir menjadi “harimau” ekonomi kepada trajektori kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal.

“Kita mesti jadikan Impian Johor juga Impian Malaysia, untuk mengembalikan institusi berteraskan prinsip Rukun Negara yang menegakkan sistem raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen segar, doktrin pemisahan kuasa, dan kedaulatan undang-undang.

“Negara juga perlukan akhbar yang bebas, kehormatan terhadap hak asasi manusia, sifat masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya Malaysia tanpa rasuah,” katanya.

Tegas Kit Siang, kerajaan juga perlu menyediakan perkhidmatan awam yang bertanggungjawab, berintegriti, dan berkesan.

“Jika penjenayah rasuah yang disabitkan kesalahan boleh membuat kemunculan semula politik untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 atau ke-11 negara, ini bermakna usaha kedua untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal telah pun gagal,” katanya. - Getaran, 3 Febuari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka