web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sheikh Umar Calon PH DUN Paloh

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 11:22AM

Sheikh Umar Bagharib Ali - Gambar Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi mempertahankan kerusi itu.

Pengumuman tersebut dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sekali gus menyaksikan Sheikh Umar menjadi calon pertama diumumkan parti itu untuk pilihan raya berkenaan.

Guan Eng berkata, keputusan mengekalkan Sheikh Umar adalah berdasarkan integriti dan kredibiliti beliau yang tidak diragui serta mewakili pelbagai golongan.

“Untuk Sheikh Umar, ia berdasarkan rekod selama ini dan yang penting adalah, apakah bentuk kerajaan kita mahukan.

“Pentingnya kita kembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang dipandukan oleh rakyat bukan kepentingan pihak tertentu,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, reputasi Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor ketika memegang jawatan sebagai EXCO kerajaan negeri bagi portfolio Pembangunan Usahawan, Koperasi, Ekonomi, Penerangan Belia dan Sukan Johor, turut menjadi antara kekuatan dinilai.

Pada masa sama, katanya, beliau disenangi pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri tersebut.

“Saya rasa dengan adanya Undi18 itu faktor penentu yang kita tak boleh cam adalah apakah bentuk kecenderungan mereka.

“Namun, saya yakin mereka mahukan satu kerajaan yang boleh memberikan masa depan cerah kepada mereka,” katanya.

Sheikh Umar, 36, yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya (UM) menewaskan pencabar daripada Barisan Nasional (BN), Teoh Yap Kun dengan meraih majoriti 783 undi untuk penampilan pertama beliau ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018.

Sementara itu, UMNO dilihat tercabar dengan tindakan PH apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad menegaskan BN yakin akan merampas kerusi DUN Paloh.

Beliau turut yakin bahawa kerusi milik DAP itu akan tumbang tidak lama lagi.

“Kita akan pastikan calon itu (Sheikh Umar Bagharib Ali) akan mendengar paluan gendang terakhir buat mereka,” katanya.

Hasni memberitahu, PRN Johor diadakan bukan kerana konflik seperti di Melaka mahu pun di Sarawak, sebaliknya demi menjadikan Johor lebih baik daripada sekarang.

Beliau menegaskan, BN perlu membentuk kerajaan lebih stabil dan bukan berterusan mengharapkan ihsan pembangkang.

“Saya mengingatkan diri sendiri dan ahli parti lain agar tidak bongkak dengan apa dimiliki hari ini.

“Johor bukan negeri biasa-biasa dan bukan negeri perlu dirujuk kepada pembangkang sekiranya mahu melakukan sesuatu,” katanya. - Getaran, 5 Febuari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka