web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH Umum Calon di DUN Mahkota, Mengkibol

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 5:56PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) mengumumkan dua lagi calonnya, masing-masing dari DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang akan bertanding atas tiket parti berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Calon AMANAH itu adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman yang dipilih sebagai calon baharu PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Keputusan tersebut menyaksikan Muhammad Taqiuddin bertanding di kerusi DUN berbeza menggantikan penyandangnya, Muhamad Said Jonit yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Manakala, calon dari DAP diumumkan itu adalah penyandang kerusi bagi DUN Mengkibol, Chew Chong Sin yang kembali bertanding di kawasan berkenaan.

Pengumuman kedua-dua calon itu dilakukan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada satu acara di Kluang, Johor hari ini.

Ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Muhammad Taqiuddin memenangi kerusi DUN Pulai Sebatang dengan undian sebanyak 14,507, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Tee Siew Kiong dan calon PAS, Baharom Mohamad.

DUN Mahkota yang dimiliki AMANAH pada pilihan raya itu pula dimenangi Muhamad Said dengan undian sebanyak 19,507, sekali gus menewaskan calon BN, Datuk Md Jais Sarday dan calon PAS, Muhammad Hasbullah Md Najib.

Sementara itu, di DUN Mengkibol, Chong Sin memenangi kerusi kawasan itu dengan undian sebanyak 29,559 dan mengetepikan calon BN, Chin Sim Lai.

Terdahulu, Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali dinamakan semula sebagai calon PH bagi mempertahan kerusi DUN Paloh yang dimenanginya pada PRU-14.

Beliau yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya (UM) menewaskan pencabar daripada BN, Teoh Yap Kun dengan meraih majoriti 783 undi untuk penampilan pertamanya dalam arena politik. - Getaran, 5 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

3

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka