web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perjuangan Terhadap Negara Juga Satu Ibadah - Dr Mahathir

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 8:52PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjuangan terhadap negara tidak pernah ada noktah seperti mana umat Islam melaksanakan ibadah, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Langkawi itu sedar ramai mempersoalkan mengapa beliau masih mengambil peduli perihal duniawi dan seharusnya hanya menumpukan kepada perkara akhirat serta ibadah.

“Perjuangan juga bagi saya satu ibadah, malahan amanah yang perlu kita pikul selagi hayat dikandung badan.

“Tetapi itu hak masing-masing. Yang penting niat dan tujuan kita melakukan sesuatu. Begitu juga dengan penglibatan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menegaskan PEJUANG bertanding di negeri berkenaan kerana tidak mahu kumpulan yang tidak amanah, mengamalkan rasuah dan mencuri harta rakyat mendapat kuasa yang seterusnya tetap melakukan perbuatan merosakkan bangsa, agama serta negara.

Sehubungan itu, Pengerusi PEJUANG itu berkata, perjuangan terbabit menjadi tanggungjawab dan amanah perlu dipikul setiap pemimpin yang mempunyai kesedaran terhadap jenayah tersebut.

“Pasti juga ada yang akan mempertikai dan bertanya apa beza PEJUANG dan parti lain. Kita berbeza kerana parti ini ditubuh oleh mereka yang sanggup melepaskan jawatan dan kedudukan kerana prinsip perjuangan.

“Pada masa sama, PEJUANG berbeza kerana ia terdiri daripada mereka yang tidak sanggup bersekongkol dengan pengkhianat dan kleptokrat,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, rakyat Johor perlu bangga kerana negeri itu dipimpin Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang sanggup melepaskan jawatan dan kedudukan semata-mata tidak mahu bersubahat dengan pemimpin pengkhianat parti serta kleptokrat.

“Dr Shahruddin sebagai bukti bahawa kita tidak meletak kepentingan diri sebagai objektif perjuangan.

“Namun, kita juga sedar laluan kita ambil bukanlah mudah, sebaliknya perjuangan lahir dari jalan berliku yang penuh onak dan duri.

“Keberanian menghadapi cabaran dan keyakinan bahawa perjuangan kita itu suci serta ikhlas demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah air itu satu tanggungjawab, malah ibadah. InsyaAllah, kita tidak akan tergelincir dari landasan kebenaran,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir yang dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi menitipkan pesanan kepada ahli PEJUANG bakal bersaing dalam PRN Johor tidak lama lagi.

Menurutnya, meskipun tidak dapat bersama, namun semangat dan jiwanya akan mengiringi mereka.

“Saya merasa agak terkilan kerana buat masa ini tubuh badan saya tidak dapat bersama saudara dan saudari di dalam menghadapi PRN Johor.

“InsyaAllah, saya akan kembali pulih seperti sediakala dan kita akan dapat bertemu serta bersama-sama meneruskan perjuangan,” katanya.

Terdahulu, IJN dalam kenyataan berkata, Dr Mahathir yang baru-baru ini dimasukkan ke institut itu untuk rawatan perubatan, dibenarkan keluar hari ini dan beliau akan menjalani pemulihan di rumah.

“Tun Dr Mahathir akan menjalani pemeriksaan susulan bagi meneruskan rawatan perubatannya apabila diperlukan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut kenyataan sama, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengucapkan terima kasih kepada semua atas keprihatinan serta doa mereka ketika Dr Mahathir dimasukkan ke IJN.

Semalam, Getaran melaporkan Dr Mahathir masih menjalani proses pemulihan di IJN dan dibenarkan pulang pada 2 Februari lalu, tetapi perlu kembali ke institut itu untuk fisioterapi serta rawatan susulan. - Getaran, 5 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Bagus Untuk Tahu’ PEJUANG Berminat Menyertai PN - Peja

2

Politik 1 tahun yang lalu

Dr Mahathir Sah Sertai PUTRA Bersama 12 Mantan Ahli PEJUANG

3

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Tidak Mahu Polemik Permusuhan Dengan Tun Mahathir Berterusan

4

Politik 1 tahun yang lalu

Dr M Dakwa Ahmad Zahid Akhirnya Akan Jadi PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka