web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AMK Muak Politik Adu Domba, Syed Saddiq Perlu Berprinsip dan Berintegriti

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 11:24AM

Akmal Nasrullah Mohd Nasir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) diingatkan agar menjadi ahli politik yang berprinsip dan berintegriti.

Ketua Angkatan Pemuda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan, sebagai sayap parti PKR, mereka muak dengan politik adu domba.

“Jadilah anak muda yang berprinsip dan berintegriti. Muaklah politik adu domba.

“ Nak serang, seranglah musuh,” tegasnya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Ciapan itu difahamkan dituju kepada Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membuat posting merendahkan tugas dan tanggungjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Gopalakrishnan Subramaniam.

Ahli Parlimen Muar itu dilaporkan mengecam kepimpinan di kawasan berkenaan yang didakwa tidak mengambil endah kebajikan rakyat.

“Dipilih oleh rakyat, dapat peruntukan tapi amanah rakyat dibuang.

“Bantuan yang sepatutnya rakyat dapat, tak sampai. Tak bertanggungjawab,” katanya.

Sebaik menyedari hantaran itu mengguris hati pimpinan PKR, beliau terus pada masa sama membuat permohonan maaf kepada ADUN Tiram itu menerusi laman Twitternya.

Menurut Syed Saddiq, tindakan tersebut dilakukan atas semangat kebersamaan bersama rakan PKR, selain atas kekhilafan yang dilakukan beliau.

“Posting lawatan saya ke Ulu Tiram telah merendahkan tugas dan tanggungjawab yang dibuat oleh rakan ADUN Keadilan (PKR).

“Sesi lawatan dan bertemu rakyat di Ulu Tiram adalah satu proses untuk saya dan MUDA belajar lebih banyak mengenai kebajikan rakyat,” katanya. - Getaran, 6 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Syed Saddiq Didapati Bersalah Tuduhan Bersubahat Pecah Amanah, Salah Guna Harta, Ubah Wang Haram

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Bebas Atau Bersalah, Nasib Syed Saddiq Diketahui Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi