web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jika Hadi Awang Ahli Zoologi, Ahmad Zahid Pula Ibarat Ahli Sihir - PAS

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Feb 2022 8:03PM

Ahmad Fadhli Shaari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tanggal 14 September 2019 mencatat sejarah cukup penting apabila dua parti terbesar Melayu, UMNO dan PAS mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional (MN) yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia.

Piagam berkenaan ditandatangani Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur juga menyaksikan kisah perseteruan panjang dua parti itu sejak tahun 1977, akhirnya menemui titik noktah.

Hampir empat tahun sudah berlalu, malangnya hubungan antara dua parti dalam MN itu dilihat semakin tegang dan berpecah walaupun berjaya membentuk kerajaan baharu bersama BERSATU.

Terkini, tindakan Ahmad Zahid yang menyindir dan mengesyorkan Abdul Hadi menukar kerjaya daripada ahli politik kepada ahli zoologi mendapat reaksi kurang senang pimpinan tertinggi PAS.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, meskipun kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini jelas ditujukan kepada Abdul Hadi, namun pihaknya enggan melulu membalas.

Menurut beliau, tindakan itu hanya akan memanaskan keadaan kerana masih ramai dalam kalangan sahabat pimpinan UMNO yang tahu menilai erti muafakat.

“Namun apabila Presiden kami membalas kiasan seorang veteran UMNO yang menyifatkan PAS cuba mengajar itik berenang, hanya sekadar membalas sahaja, bukan mengajar itik berenang tetapi mengubati itik yang kakinya sakit, marah benar Datuk Seri, sehingga mencadangkan lebih baik Presiden kami (Abdul Hadi) bergelar ahli zoologi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menyerang balas, Ahmad Fadhli menyifatkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebagai ahli sihir kerana kerap uzur untuk menghadiri prosiding mahkamah tetapi kembali sihat selepas itu.

“Jika membalas begitu pun sudah dilabel ahli zoologi, Datuk Seri ahli apa? Ahli sihir yang sekejap uzur ke mahkamah kemudiannya sihat sejahtera memikul beras?

“Atau Datuk Seri lah sebenarnya ahli zoologi yang pengkhususannya ialah sesumpah, bertukar warna sepantas kilat sewaktu menjadi murid setia kepada ‘cikgu’ yang baru sahaja diseranah di atas pentas,” katanya, sinis.

Menurut Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), pihaknya juga hairan apabila ada pihak masih mempercayai ucapan ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang terang-terangan dilihat hanya memperbudakkan pendengar.

“Sebenarnya, yang dikehendaki sangat ialah tandatangan di atas sekeping watikah sahaja. Itu pun tiada harga jika Datuk Seri berpindah mukim ‘ke dalam’.

“Mengingatkan sahabat di dalam  UMNO, Pergerakan Pemuda, semua Ahli Parlimen dan barisan menteri Kabinet yang masih komited dengan penyatuan ummah, semoga ada sinar jua di hujung terowong,” katanya.

Sindiran Ahmad Zahid yang mengesyorkan Presiden PAS bertukar kerjaya itu hadir, susulan gelaran “itik patah kaki” kepada UMNO sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan Abdul Hadi baru-baru ini.

Sementara itu, Bekas Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tuduhan itu menunjukkan seolah-olah Ahmad Zahid memperkecilkan penggunaan gaya bahasa Al-Quran yang menggunakan haiwan sebagai perbandingan.

Menurut beliau, tindakan Abdul Hadi menggunakan perbandingan menggunakan binatang menerusi ucapannya hanyalah mengikut sunnah gaya bahasa Al-Quran.

“Gaya bahasa Al-Quran kaya dengan pelbagai peribahasa dan perbandingan yang merupakan acuan bagi menzahirkan sesuatu makna dalam bentuk lebih terasa dan lekat dalam pemikiran manusia.

“Antara peribahasa yang banyak dalam Al-Quran ialah melibatkan binatang.

“Bahkan bahasa Malaysia juga kaya dengan perbandingan binatang kerana mereka hidup di alam yang dikelilingi oleh pelbagai jenis binatang.

“Perbandingan dengan binatang adalah sunnah Al-Quran dan adat  Melayu yang kaya dengan bahasa.

“Jika mahu dikatakan ahli zoologi maka sememangnya Al-Quran dan bangsa Melayu adalah ahli zoologi yang kaya dengan ilmu tentang binatang,” katanya. - Getaran, 6 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang