web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kluster Mahkamah Perlu 'Diguling' Pada PRN Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 9:41PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari ini bagi menentukan tarikh PRN Johor. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat khususnya pengundi di Johor perlu memastikan kluster mahkamah tidak lagi kembali memegang tampuk pemerintahan, menerusi pilihan raya di negeri itu yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, ini waktu yang sesuai buat pengundi menamatkan keangkuhan kelompok itu, sekali gus menolak parti yang diwakili oleh ‘penyamun’.

Beliau turut menyakini, rakyat Johor sedar bahawa kemajuan bangsa berkaitan rapat dengan pemimpin yang tegas terhadap integriti serta menjunjung nilai kebangsaan, demi perpaduan sejagat.

“Warga Johor yang saya kenal amat mementingkan keseimbangan ini terutama bagi kelompok Melayu-Islamnya, apatah lagi majoriti mereka pernah belajar di sekolah agama negeri sesi petang, sudah tentu kenal (yang) mana halal serta haram dan tahu siapa angkuh atau mungkar.

“Rakyat mahu negeri mereka kekal maju, bersih dan gah di persada nasional. Namun, mereka juga mahu nilai budaya, adab, serta warisan terpelihara daripada asakan rakus pengaruh ultra liberalisme serta nafsu kapitalisme yang menyembah duit tanpa batas,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Dr Muhammad Faiz Na’aman
Dr Muhammad Faiz Na’aman

Dr Muhammad Faiz menegaskan, kluster mahkamah dilihat bukan lagi mewakili aspirasi rakyat namun sekadar buah catur golongan elit demi menambah kekayaan peribadi dan keluarga.

“Paling hina, penyamun dan bakal banduan kes makan duit rakyat itu tebalkan muka untuk bercakap mewakili warga Johor sambil memfitnah tokoh negeri itu sendiri yang banyak berjasa serta tegas berprinsip, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, cucu seorang ulama besar negeri tersebut,” katanya.

Beliau turut optimis  pengundi Johor tidak pernah lupa rakaman perbualan telefon  antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Ramai tidak lupa rakaman perbualan telefon antara murid serta gurunya, sambil bergelak ketawa memperbodohkan pengikut fanatik masing-masing di luar sana, kononnya No DAP dan No Anwar.

“Namun, hakikatnya puak itu lebih paranoid terhadap mereka yang sebangsa dan seakidah dari PN,” katanya.

Dr Muhammad Faiz turut mempersoalkan, apakah rakyat Johor masih mahu melihat semula sandiwara dan permainan UMNO yang tidak ikhlas membangunkan negeri itu, sekiranya masih memilih pemimpin dari kumpulan tersebut.

“Saya menyeru saudara senegaraku orang Johor agar bersatu menamatkan keangkuhan Kluster Mahkamah, puak ultra liberal serta parti kecil yang oportunis dalam PRN Johor nanti,” katanya. – Getaran, 7 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini