web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukan 'Kaki Jilat', Hanya Hargai Penyertaan Dian Bersama MUDA

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 9:17PM

Dian Lee menyampaikan 'Covid Care Kits' kepada seorang kanak-kanak. - Gambar dari Twitter @iamdianlee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyangkal dakwaan bahawa parti itu mengamalkan budaya ‘menjilat’ bagi menarik lebih ramai hartawan dan individu terkenal untuk menyokong perjuangannya. 

Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya Abd Aziz menegaskan, sebaliknya parti itu mengalu-alukan semua anak muda tanpa mengira latar belakang atau pangkat untuk menyertainya.

Katanya, atas sebab itu, MUDA turut menerima baik dan berbangga dengan sokongan ditunjukkan Dian Lee, iaitu anak taikun perniagaan, Tan Sri Lee Kim Yew serta beberapa wanita lain yang berpendidikan dan golongan professional untuk bersama-sama parti berkenaan.

“Hai puan, dengan segala hormatnya, saya sering memuji mereka yang berkebolehan dalam MUDA tanpa mengira latar belakang mereka.

“Dian, Dr Thanussha, Afiqah Zulkifli, Beatrice Chin, Cikgu Ayu dan ramai lagi wanita berkebolehan di MUDA. Saya bangga berdiri bersama mereka,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini. 

Amira berkata demikian bagi membalas ciapan seorang pengguna Twitter dikenali @amuse_gueule yang mengkritik tindakan beliau memuji penyertaan Dian ke dalam parti tersebut. 

“Satu-satunya sebab anda memujinya kerana dia seorang yang sangat kaya dan agak terkenal.

“Sangat kecewa kerana MUDA juga menyukai budaya ‘menjilat’. Saya fikir orang muda bawa politik baharu,” katanya. 

Sebelum ini, Amira menerusi ciapan berbeza menyifatkan Dian yang juga anak kepada pengasas dan Pengerusi Eksekutif Country Heights Holdings Berhad (Bhd) itu sebagai rajin dan gembira apabila pengasas bersama Clearwater Group terbabit menyertai MUDA.

“Ramai menilai Dian berdasarkan latar belakangnya. Saya benar-benar menjemput anda untuk minum dengan beliau.

“Anda tidak akan bertemu seseorang lebih tulen dan rendah hati. Malaysia sejati,” katanya. 

Sementara itu, menerusi ciapan di Twitter, Dian yang mengesahkan penyertaannya sebagai ahli MUDA baru-baru ini memaklumkan, dia kini berada di Johor bagi membantu jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) membuat persediaan untuk menghadapi pemilihan berkenaan yang bakal berlangsung Mac depan. 

Pada masa sama, Dian yang juga graduan RMIT University Melbourne berkongsi gambarnya bersama-sama dengan jentera MUDA.

Selain itu, Dian juga meminta orang ramai untuk mengambil peduli mengenai penularan jangkitan Omicron yang menyaksikan kesnya semakin meningkat.

“Kita perlu mengambil endah Omicron dengan serius. Kita juga perlu mengambil serius PRN Johor. Rancang untuk pulang mengundi rakyat Johor!,” katanya. 

Terdahulu, wujud spekulasi bahawa Dian akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Pahat, iaitu tempat asal usul keluarganya.

Bagaimanapun, Dian tidak memberi respon dan meminta orang ramai untuk menunggu pengumuman rasmi MUDA pada 11 Februari ini. - Getaran, 9 Februari 2022
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad