web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PBM Tanding 2 Kerusi DUN Di PRN Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 11:45AM

Zakaria Abdul Hamid - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) mempertaruhkan calon di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac depan

Bagaimanapun, Ketua Penerangannya, Zakaria Abdul Hamid menegaskan, parti itu akan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi dan nama calon berkenaan sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari ini.

“PRN Johor medan terbaik untuk kami memperkenal Agenda The Great Reset 2030 yang terdiri daripada enam tunjang utama, iaitu mengeratkan perpaduan antara kaum, meningkatkan penglibatan golongan muda, memperkasa peranan wanita, pembangunan ekonomi negara, menjana perkembangan sains dan teknologi serta peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia.

“Kami berharap akan dapat memberikan saingan sihat kepada parti politik lain yang bertanding pada PRN kali ini, dengan iltizam bagi mengukuhkan aspirasi demokrasi di Johor,” katanya hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian bagi PRN Johor.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon bagi kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah pada 26 Februari ini, manakala pengundian awal ditetapkan 8 Mac depan.

Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 22 Januari lalu berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN. - Getaran, 11 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 10 bulan yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang