web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN Johor Hanya Helah UMNO, BN Tambah Kerusi DUN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 6:27PM

Khalid Abdul Samad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terpaksa diadakan sebagai helah UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk kepentingan politik.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad berkata, sekiranya UMNO adalah kerajaan yang bertanggungjawab, parti itu tidak akan mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Justeru, beliau menegaskan faktor utama PRN Johor diadakan hanya semata-mata UMNO mahu menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disebabkan majoriti tipis dimiliki parti itu.

“PRN Johor ini dibubarkan kerana UMNO rasa nak tambah kerusi, di samping tidak selesa bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS. Majoriti satu kerusi boleh terancam jika pilihan raya tidak dilakukan.

“Maka, tindakan UMNO dan BN ini hanya untuk mengambil kesempatan dengan suasana orang ramai masih menghadapi COVID-19,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Khalid menegaskan jika parti Melayu terbesar berkenaan matang dalam berpolitik, UMNO sudah pasti menangguhkan pilihan raya kerana akan berlaku pembaziran kewangan.

“Perbelanjaan untuk PRN sahaja dianggarkan hampir RM150 juta. Memang ada pemimpin UMNO kata jumlah itu tiada hal.

“Bagi dia memang tiada hal sebab untuk meraih kepentingan partinya dan BN. Kenapa tak boleh tunggu setahun lagi untuk diadakan serentak bersama PRU,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, seharusnya UMNO nekad menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dilaksanakan, berbanding mengadakan PRN.

“Jika buat berasingan, akan melibatkan perbelanjaan besar dan ini membazir duit yang sepatutnya boleh digunakan untuk membantu rakyat terkesan akibat COVID-19,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi PRN Johor.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus, berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.

Kerajaan Johor sebelum ini dilaporkan memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi, berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga mantan Menteri Besar, pada 21 Disember lalu. - Getaran, 11 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 8 bulan yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

2

Politik 9 bulan yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

3

Politik 9 bulan yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Jawatan Timbalan Presiden Amanah Ditentukan Disember Ini - Mahfuz

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang