web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Guna Formula Saya, RON95 Kekal RM2.05 Pada PRN Johor - Rafizi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 8:33PM

Rafizi Ramli - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa bahan api RON95 kekal pada harga RM2.05 seliter ketika ini disebabkan ‘formula’ yang diperjuangkan beliau, satu ketika dahulu.

Beliau berkata, harga petrol RON95 menjangkau hingga RM2.30 seliter apabila harga minyak mentah naik lebih AS$50 setong ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

“Sebab itu kita lawan untuk kembalikan subsidi yang Najib hapuskan dan ahli politik selepas 2018 tahu rakyat akan menghukum mereka, sekiranya ahli politik terlalu megah menghapuskan subsidi rakyat biasa demi projek mewah masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Menurut beliau, minyak mentah ketika ini  mencecah AS$93 setong yang merupakan harga paling tinggi sejak 2017.

Rafizi yang telah bersara daripada politik menegaskan, formula berkenaan dilihat diguna pakai oleh UMNO dan PAS bagi menarik pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Pentaksub Najib, Hadi dan lain-lain selalu mencemuh formula saya. Sebab formula saya itulah mereka kekal bayar RM2.05 isi petrol pergi kempen PRN Johor.

“Kalau tidak mereka kena edar tin Milo untuk bayar RON95 yang harganya mungkin RM4 seliter dengan harga minyak mentah dunia yang sudah naik dua kali ganda,” katanya.

Justeru, beliau mengakui tidak kisah dan membiarkan sahaja parti tersebut menggunakan formula berkenaan kerana membawa kebaikan kepada rakyat jelata.

Serentak dengan itu, bekas Ahli Parlimen Pandan tersebut turut menasihatkan barisan ahli politik muda untuk menumpukan terhadap idea yang boleh dilaksanakan demi rakyat, agar kesannya boleh membawa kebaikan jangka panjang.

“Ahli politik muda dinasihatkan agar mengurangkan polemik dan kempen yang bersifat retorik terutamanya pada era zaman media sosial.

“Yang bahayanya bila ahli politik sibuk berkempen tetapi tiada idea untuk bantu rakyat biasa. Tanpa idea, tiadalah formula. Tanpa formula maka kempen kosong sahaja,” katanya.

Rafizi bersara daripada politik sejurus Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada hukuman penjara 30 bulan atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) pada 15 November 2019.

Pembebasan tersebut dilakukan selepas Rafizi membuat rayuan terhadap sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen apabila didapati bersalah mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya.

Selepas dibebaskan, beliau mengumumkan tidak mahu kembali aktif dalam politik atau menyandang sebarang jawatan penting dalam kerajaan.

Rafizi kini mahu berehat dalam tempoh dua hingga empat tahun dan menjadi orang biasa serta menumpukan perhatian kepada keluarga. - Getaran, 12 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

4

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi