web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Satu Sen Duit Sumbangan Tak Masuk Poket Saya – Syed Saddiq

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 12:01PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyangkal dakwaan beliau dan partinya 'dibeli' oleh ahli perniagaan kaya, susulan sumbangan yang diterima.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Muar itu menegaskan, semua sumbangan diperoleh partinya itu digunakan bagi membantu keluarga yang memerlukan termasuk mangsa banjir, akhir tahun lalu.

"RM1.8 juta untuk Parlimen Muar, RM2 juta untuk mangsa banjir. Semua ini datang daripada puluhan ribu rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang berkuasa. Bukan 'tauke-tauke'.

"Saya dah post sebulan lepas, hari ini baru nak ungkit? Satu sen pun tak masuk poket untuk kegunaan sendiri,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq menegaskan, bukan menjadi kesalahan baginya untuk mendapatkan tajaan daripada mana-mana pihak kerana menjadi tanggungjawab seorang wakil rakyat untuk membantu pengundi.

"Kutip sumbangan RM1.8 juta untuk Parlimen Muar, sudah disemak oleh syarikat audit Ernst & Young. Parlimen lain dah buat? 

“Sumbangan RM2 juta Misi Banjir MUDA, saya dah bentangkan," katanya.

 

Saddiq & MUDA dibeli oleh taukey-taukey kaya? Tular lagi fitnah kata saya dan MUDA dibeli oleh taukey-taukey kaya. Saya dah post sebulan lepas, hari ini baru nak ungkit? Saya dapat laptop & tablet untuk tolong anak-anak Muar dari keluarga yang susah. Satu sen pun tak masuk poket untuk kegunaan sendiri. Setakat hari ini dah 1600 laptop & tablet saya dah bagi. Kutip sumbangan RM1.8 juta untuk Parlimen Muar, Ernst & Young dah review. Sumbangan RM2 Juta Misi Banjir MUDA, saya dah bentangkan. Semua saya tunjuk sebab ini duit rakyat bukan duit taukey-taukey kaya. Yang ada private jet mewah, rumah banglo besar, duit berjuta-juta tak ada pula nak buat video? Pelik bin Ajaib! Jangan tuding jari, cermin diri sendiri.

Posted by Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on Wednesday, February 16, 2022

Sehubungan itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan sedutan video berdurasi 10 saat semata-mata untuk menabur fitnah.

Beliau turut mencabar parti lain untuk mendedahkan sumbangan dana diterima mereka sebagai bukti ketelusan.

"Yang ada jet mewah peribadi, rumah banglo besar, duit berjuta-juta tak ada pula nak buat video? Pelik bin Ajaib! Jangan tuding jari, cermin diri sendiri.

“Saya hanya nak bantu keluarga yang susah dekat Muar. Setiap kali dapat sumbangan, saya tunjuk kepada rakyat. Namun, parlimen-parlimen lain bila nak tunjuk dana yang mereka terima,” katanya. – Getaran, 17 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'