web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN Johor Medan Eksperimen Buat Pengundi Muda

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengundi muda terus menjadi prospek penting yang dilihat mampu menjadi faktor penentu kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac depan.

Dengan penyertaan golongan itu, PRN Johor bakal menjadi medan eksperimen bagi menguji sejauh mana kematangan orang muda dalam memilih pemimpin.

Penganalisis politik, Dr Jazimin Zakaria berkata, kemasukan pengundi muda akan mempengaruhi corak pengundian dan kemenangan sesuatu parti bersandarkan sentimen serta idealisme yang diperoleh melalui media sosial.

Beliau mengakui, sukar untuk meramalkan parti mana yang akan mendapat sokongan daripada golongan tersebut.

“Namun, kalau keputusan pada PRN Johor didominasi oleh hanya satu parti, itu membuktikan golongan muda masih tidak matang berpolitik atau belum bersedia menerima arena tersebut dengan sebaiknya.

“Peratusan keluar mengundi juga dijangka turun berikutan orang ramai, khasnya orang muda yang kini lebih takut isu kenaikan kes COVID-19 berbanding memikirkan sentimen isu semasa,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Mengulas lanjut Jazimin berkata, di kaca mata pengundi muda berumur antara 18 hingga 20 tahun, golongan terbabit tidak melihat sesebuah parti itu bagus atau tidak namun hanya akan memilih berdasarkan apa yang diterima mereka.

Dr Jazimin Zakaria
Dr Jazimin Zakaria

“Ada dua isu yang akan menguji pengundi muda di PRN Johor. Pertama adalah isu kestabilan, apabila golongan itu akan pergi kepada parti MUDA kerana sudah muak dan bosan dengan politik negara yang didominasi oleh pemimpin lama.

“Kedua pula isu populis, iaitu pengundi muda akan pergi kepada parti dan pemimpin senior yang lebih bagus dan berpengalaman dalam membantu membangunkan negara demi kesejahteraan rakyat, walaupun terbabit dalam isu korupsi serta penyelewengan,” katanya.

Mengulas penyertaan MUDA pada PRN Johor, Jazimin menegaskan penyertaan parti itu mampu meraih perhatian pengundi belia yang mahukan pembaharuan pentadbiran dalam kerajaan negeri.

Beliau yang juga Penolong Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Raub berkata, sekiranya MUDA mencapai kemenangan, ia merupakan indikator bahawa rakyat Johor, mahukan wakil rakyat dalam kalangan anak muda yang dipelopori oleh parti baharu.

“MUDA memberi ruang kepada generasi muda meraikan demokrasi, namun apa yang membimbangkan mereka ini masih baharu dan kurang pengalaman, menyebabkan ada ruang untuk dieksploitasi oleh parti dominan sekiranya bersama Pakatan Harapan (PH).

“Dalam PH ada orang-orang lama, apa yang membimbangkan kalau calon MUDA menang dan menjadi sebahagian daripada kerajaan, suara mereka akan didominasi oleh senior dalam parti gabungan lalu akhirnya sekadar menjadi seperti boneka,” katanya.

Sehubungan itu, Jazimin menegaskan, MUDA perlu menetapkan pendirian dan bersifat neutral, sekiranya mereka mahu menjalinkan kerjasama dengan gabungan pembangkang lain.

“Bila kerjasama MUDA dan PH terjalin, potensi membawa ‘trademark’ dan teori berpolitik itu tidak akan berbeza jauh.

“Bagi pandangan saya lebih baik MUDA tidak menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik sama ada PH mahupun BN atau PN bagi memperkukuhkan sikap neutral untuk membawa suara rakyat dengan lebih baik,” katanya. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Semasa 10 bulan yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 10 bulan yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'