web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPR Perlu Lanjutkan Tempoh Daftar Undi Pos PRN Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Feb 2022 11:56AM

Saifuddin Nasution - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa melanjutkan tempoh pendaftaran undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memandangkan jumlah pengundi yang mendaftar masih rendah, setakat ini.

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tempoh sembilan hari diberi SPR amat singkat dan wajar dilanjutkan agar individu yang layak mengundi dapat mendaftar serta melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai warga negara.

Menurut beliau, SPR mempunyai peranan amat penting dalam memastikan pengundi luar negara, khususnya di Singapura diberikan hak dan tindakan tersebut dapat memastikan proses demokratik berjalan lancar.

“Saya mengikuti beberapa laporan berita mengatakan ramai pengundi Johor yang berada di luar negara, khususnya di Singapura masih belum mendaftar sebagai pengundi pos.

“Dianggarkan cuma satu peratus dari jumlah pengundi Johor di Singapura sudah mendaftar setakat dua hari lalu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan, menyeru SPR segera mengumumkan jumlah sebenar pengundi Johor yang sudah mendaftar sebagai pengundi pos, mengikut negara di mana mereka berada.

“Tempoh pendaftaran perlu dilanjutkan bagi memudahkan proses, di samping harus lebih proaktif dalam kempen pendaftaran undi pos, termasuk di media sosial.

“Dalam keadaan pandemik belum reda ini, proses demokrasi tidak harus ‘dikuarantin’ atau dijadikan mangsa kerenah birokrasi,” katanya.

Terdahulu, SPR memaklumkan seramai 2,590,000 juta pengundi layak mengundi pada PRN Johor, 12 Mac depan.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ia membabitkan 2,570,000 juta pengundi biasa, manakala  anggota tentera dan pasangan (10,955), anggota polis dan pasangan (11,576) serta 376 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Menurut beliau, daripada jumlah itu juga, seramai 43,149 pengundi adalah dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Jelasnya, daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRN Johor ke-15 adalah Daftar Pemilih Induk 2021 yang dikemaskini sehingga 21 Januari 2022. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

2

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lat Tempoh Masih Berkuat Kuasa, SPR Tiada Rancangan Laksana Kajian Semula Persempadanan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi