web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Diminta Waspada Keluar Kenyataan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 3:00PM

Hassan Abdul Karim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diingatkan agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan selepas beliau mendakwa parti itu mungkin bertembung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, bulan depan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, walaupun MUDA mempunyai pemimpin berkarisma dan berani melangkah dalam politik negara, sebagai parti baharu serta pertama kali menghadapi pilihan raya, ia perlu menghormati PKR.

Menurutnya, Syed Saddiq perlu mempelajari sejarah PKR yang lahir daripada perjuangan dan pemimpinnya ‘membesar di jalan raya dan penjara’.

“Kami tidak akan berundur jika dicabar sesiapapun, hatta kepada mereka yang cepat menghunus pedang. Lihat bendera kami berwarna merah, itu maknanya keberanian berjuang. Lihat bendera kami berwarna biru, itu maknanya kami mencintai perdamaian dan keadilan.

“Lalu, jangan cepat memberi amaran dan ugutan. Jangan cepat menghunus keris untuk menikam kerana bimbang, takut-takut nanti akan tertikam dengan keris sendiri. Anda mempunyai ramai pengikut di alam maya, namun jangan sesekali ugut PKR di alam nyata,” katanya hari ini.

Terdahulu, Getaran melaporkan Syed Saddiq membayangkan berlaku pertembungan antara MUDA dan PKR jika rundingan isu pembahagian kerusi DUN di Johor, tidak mencapai kata sepakat.

Berdasarkan kenyataan, Ahli Parlimen Muar itu berkata, sekiranya pertindihan kerusi antara MUDA dengan PKR tidak dapat dielakkan, pihaknya menyerahkan keputusan memilih di tangan rakyat Johor.

Namun, menurut Syed Saddiq, MUDA bersedia meneruskan rundingan dengan PKR bagi mencapai kata sepakat dalam isu berkenaan.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan, jika tidak ada sebarang perkembangan dan perubahan keputusan dari pemimpin PKR berkaitan isu terbabit, MUDA akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan hala tuju parti pada hujung minggu ini.

Jika pertindihan kerusi antara MUDA dengan PKR tidak dapat dielakkan, Syed Saddiq menjelaskan pihaknya akan menyerahkan keputusan di tangan rakyat Johor.

Sehubungan kenyataan itu, Hassan yang juga mantan Pengerusi PKR Johor berkata, sebagai anak jati Johor, Syed Saddiq perlu berlembut dan bersopan santun ketika berhujah kerana itu adalah sifat semula jadi mereka yang lahir di negeri berkenaan.

“Saya pernah ikut serta dalam usaha itu sejak tahun 1986 ketika menjadi Setiausaha Agung sebuah parti kiri yang lebih radikal ideologinya dari MUDA, namun jika bermesyuarat, selalu baik sahaja dan tidak pernah ugut atau memberi ancaman sesama pembangkang.

“Maka berhati-hatilah jika mengeluarkan kata-kata wahai sahabatku Syed Saddiq.

“Mungkin saya ini sudah tua tetapi orang tua ini kenal perangai anak muda julung berkeris,” katanya. - Getaran, 18 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

2

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Politik 10 bulan yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah