web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Apa Rekod Kejayaan, Kemampuan PEJUANG Untuk Jadi Kerajaan Penyayang?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 5:14PM

Datuk Seri Mukhriz Mahathir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tawaran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk menjadi kerajaan penyayang sekiranya berjaya menawan Johor, disifatkan hanya kata-kata indah tanpa perincian apakah dasar mahu dilaksanakan.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, hanya pentadbiran di bawah kepimpinan Datuk Hasni Mohammad boleh menawarkan kerajaan penyayang di negeri berkenaan.

“Baguslah nak jadi penyayang. Nak jadi penyayang apa yang perlu kita tengok adalah perincian dasar, apa rekod kejayaan mereka untuk mendabik dada mahu jadi kerajaan penyayang?

“Berbeza dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) di Johor, kita boleh lihat apa menteri besar dah buat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tawaran kerajaan penyayang itu adalah selari dengan kehendak rakyat yang menginginkan sebuah pemerintahan prihatin terhadap keperluan mereka dan benar-benar membela nasib rakyat.

Menurut Mukhriz, rakyat mahu sebuah kerajaan yang tidak sibuk bermain politik kerana ia tidak mendatangkan manfaat kepada mereka.

“Tawaran PEJUANG (di Johor) adalah sebuah kerajaan penyayang. Sebuah kerajaan penyayang bermaksud apa juga keperluan rakyat baik dari sosial, pendidikan dan ekonomi.

“Kita kena betul-betul cari satu penyelesaian yang memberi impak kepada rakyat secara positif,” kata Mukhriz.

Mengulas lanjut, Shahril berkata, sejak Hasni menjadi menteri besar pada Februari 2020, banyak bantuan disalurkan kepada rakyat, berbanding ketika Johor ditadbir Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Jelasnya, ia dibuktikan apabila Hasni menyediakan peruntukan sebanyak RM2.8 juta untuk golongan asnaf dan fakir miskin sebagai bantuan modal niaga, modal kerja geran khas serta bantuan usahawan kepada 1,400 golongan terbabit.

“Beliau turut memberi baucar bernilai RM200 kepada 450,000 isi rumah B40 di bawah Inisiatif Kasih Johor. Hasni turut memberi insentif petrol bernilai RM150 kepada pemandu e-hailing dan pemandu teksi.

“Pada masa sama, RM100 juga diberikan kepada penghantar makanan di bawah bantuan pekerja gig,” katanya.

Bagi pemerkasaan dan pembangunan wanita pula, Shahril menjelaskan Hasni menyediakan peruntukan RM200,000 bagi Skim Bantuan Peralatan Perniagaan, selain RM130,000 untuk Projek Menjana Pendapatan Wanita Berkemahiran kepada 550 orang termasuk ibu tunggal serta suri rumah.

“Itu beberapa contoh masa BN jadi menteri besar. Waktu PH dahulu apa dalam belanjawan mereka? Pembangkang pun Datuk Hasni sayang.

“Zaman PH dulu, semasa PEJUANG jadi sebahagian kerajaan negeri melalui BERSATU, peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hanya RM50,000.

“Datuk Hasni jadi menteri besar, tahun pertama naik tiga kali ganda, iaitu RM150,000 dan tahun kedua baru-baru ini, meningkat RM200,000 campur RM50,000 ketika musim perayaan. Siapa sebenarnya penyayang,” katanya. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

2

Politik 1 tahun yang lalu

PN Tolak Permohonan PEJUANG, ‘Keputusan Itu Amat Mendukacitakan…’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Saya Tidak Terlibat Dalam Perancangan Politik Mukhriz - Dr Mahathir

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Bagus Untuk Tahu’ PEJUANG Berminat Menyertai PN - Peja

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini