web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rundingan Sukar Dicapai, MUDA ‘Degil’ Mahu Kerusi Lain - PKR

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 8:25PM

Syed Ibrahim Syed Noh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menolak kerusi ditawarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, menyebabkan kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat.

Mendedahkan perkara itu, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu, sebaliknya tetap menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lain daripada tawaran berkenaan.

“Suka saya sebutkan sekali lagi bahawa siri rundingan bersama MUDA dilakukan beberapa kali dengan cara jujur dan terbuka dalam semangat kebersamaan pembangkang di Johor.

“Namun, tiga kerusi ditawarkan PKR ditolak dan MUDA masih menuntut kerusi lain daripada tawaran.

“Ia menjadi sulit apabila kerusi ‘dituntut’ adalah kerusi bandar dan campuran yang tidak mudah dicatur tanpa mengambil kira kekuatan dimiliki PKR. Justeru, rundingan tidak dapat diteruskan,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Getaran melaporkan Presiden MUDA, Syed Saddiq membayangkan berlaku pertembungan antara partinya dan PKR jika rundingan isu pembahagian kerusi DUN di Johor, tidak mencapai kata sepakat.

Berdasarkan kenyataan, Ahli Parlimen Muar itu berkata, sekiranya pertindihan kerusi antara MUDA dengan PKR tidak dapat dielakkan, pihaknya menyerahkan keputusan memilih di tangan rakyat Johor.

Namun, menurut Syed Saddiq, MUDA bersedia meneruskan rundingan dengan PKR bagi mencapai kata sepakat dalam isu berkenaan.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan, jika tidak ada sebarang perkembangan dan perubahan keputusan dari pemimpin PKR berkaitan isu terbabit, MUDA akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan hala tuju parti pada hujung minggu ini.

Jika pertindihan kerusi antara MUDA dengan PKR tidak dapat dielakkan, Syed Saddiq menjelaskan pihaknya akan menyerahkan keputusan di tangan rakyat Johor.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, selaku parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH), PKR tetap berpegang kepada semangat muafakat memfokuskan kesetiakawanan tanpa ugutan atau ancaman.

“Sejak pembangkang bersama, sama ada semasa Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat atau PH, semangat ini tetap dipegang tanpa pertindihan kerusi demi pembelaan rakyat dan masa depan negara.

“Janganlah dicemari semangat tersebut demi tuntutan semata-mata. Tumpulah kepada kerusi ditandingi untuk membela rakyat dan membawa masa depan serta maruah Johor dan rakyatnya,” katanya.

Sementara itu, rundingan terbabit turut disahkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, R Yuneswaran yang menegaskan MUDA menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu menerima kerusi di luar bandar serta kawasan majoritinya pengundi Melayu.

Beliau mempersoalkan tindakan itu dilakukan kerana Syed Saddiq takut orang Melayu akan menolak MUDA pada PRN Johor, 12 Mac ini.

“Kalau benar MUDA mengangkat atau mewakili suara dan aspirasi rakyat, maka harus buktikan mereka mempunyai sokongan di semua kawasan, termasuk daripada pelbagai latar masyarakat, khususnya di semi-urban dan kawasan rural.

“DUN Sri Medan antara 20 kerusi yang PKR akan bertanding. Komposisi pengundi adalah 90.6 peratus Melayu, 8.6 peratus Cina dan 0.3 peratus India. Kerusi itu paling tinggi pengundi Melayu antara 20 kerusi bakal ditandingi PKR. Ini baru ‘gentlemen fight’,” katanya.

Justeru, R Yuneswaran berkata, sebagai parti politik, MUDA harus berani menghadapi semua rintangan, bukan duduk dalam zon selesa.

“Ramai juga pemimpin berwibawa dalam PKR yang tidak dicalonkan dalam PRN. Fikir-fikirkan sebelum letak calon di kawasan PKR bertanding,” katanya. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

2

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Politik 10 bulan yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini