web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Jangan Jadi 'Belanda Minta Tanah', Tamak

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 11:16AM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diingatkan untuk tidak bersikap seperti 'Belanda yang meminta tanah' selepas menolak kerusi ditawarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini. 

Koordinator Jingga 13 Negeri Johor, Zabidie Abas turut mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Muar itu perlu bersikap serakah dan tamak sehingga berani mengugut PKR. 

Beliau berkata, walaupun pertama kali bertanding dalam pilihan raya, Syed Saddiq seolah-olah mahu menjadi ‘api dalam sekam’ apabila sudah menunjukkan taring untuk tidak menghormati PKR dan ingin memecahbelahkan undi Pakatan Harapan (PH).

“Tersebar luas di media sosial hari ini tentang sikap seorang anak muda yang boleh dikatakan tidak tahu malu dan tidak mengerti apa itu erti sebuah persahabatan dalam satu unit pasukan. 

“Jika begini permulaannya, sudah pandai mengancam, mengugut tanpa sedikit rasa bersalah, eloklah MUDA tidak perlu bertanding walau satu kerusi pun di Johor,” katanya hari ini. 

Terdahulu, Getaran melaporkan Presiden MUDA, Syed Saddiq membayangkan berlaku pertembungan antara partinya dan PKR jika rundingan isu pembahagian kerusi DUN di Johor, tidak mencapai kata sepakat.

Berdasarkan kenyataan, beliau berkata, sekiranya pertindihan kerusi antara MUDA dengan PKR tidak dapat dielakkan, pihaknya menyerahkan keputusan memilih di tangan rakyat Johor.

Namun, menurut Syed Saddiq, MUDA bersedia meneruskan rundingan dengan PKR bagi mencapai kata sepakat dalam isu berkenaan.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan, jika tidak ada sebarang perkembangan dan perubahan keputusan dari pemimpin PKR berkaitan isu terbabit, MUDA akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan hala tuju parti pada hujung minggu ini.

Jika pertindihan kerusi antara MUDA dengan PKR tidak dapat dielakkan, Syed Saddiq menjelaskan pihaknya akan menyerahkan keputusan di tangan rakyat Johor.

Dalam pada itu, Zabidie menegaskan, sikap keterbukaan, profesionalis dan berlapang dada perlu ada dalam diri seorang pejuang parti, bukan hanya tahu mendabik dada, merobek karya mahupun menoda seni. 

“Hidup baru sahaja ingin belajar memegang sebatang pensel, menulis sahaja belum tentu boleh, apatah lagi mewarna. Jika buruk tulisannya, maka buruklah pandangan orang terhadap seseorang itu kerana tulisan juga melambangkan keperibadian seseorang. 

“Kebiasaannya kita mendengar tentang perkataan ‘Orang muda berdarah panas’. Ya! Orang muda memang begitu, tapi kita tidak boleh melebihi yang lebih tua. Yang tua perlulah dihormati,” katanya. 

Beliau mengakui bukan semua anak muda memiliki karisma dan semangat politik seperti ditonjolkan Syed Saddiq.

Namun, katanya, pemimpin itu diminta jangan memburukkan imej anak muda dengan kata-kata yang tidak melambangkan golongan terbabit memahami makna peradaban. 

“Saya berharap Syed Saddiq dapat bermuhasabah diri dan janganlah bersikap seperti ‘Jawi belang puntung:didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk’,” katanya. 

“Jadikan khemah yang ada ini sebagai tempat untuk bersilaturrahim, bukan mencipta musuh yang berpunca dari lidah sendiri,” katanya. - Getaran, 19 Februari 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'