web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


GERAKAN Dedah Sikap ‘Gila Kuasa’ UMNO Dalam BN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 1:08PM

Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan tanpa konsensus antara ahli gabungan menjadi punca Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) nekad meninggalkan Barisan Nasional (BN) yang disertainya pada tahun 1973.

Mendedahkan perkara itu, Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mendakwa, keputusan dilakukan gabungan itu hanya didominasi UMNO.

Katanya, ia juga menjadi pencetus untuk GERAKAN menyertai Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

“Ketika GERAKAN bersama BN, banyak keputusan tidak dibincangkan melalui gabungan itu, namun hanya dilakukan menerusi pimpinan tertinggi UMNO. 

“Ini perbezaan PN dan BN. Pandangan kita boleh dipanjangkan dan dibincangkan kalau dalam PN. Namun, dalam BN, kita kena tunggu maklumat UMNO, malah semua keputusan untuk BN dibuat di peringkat UMNO sahaja,” katanya. 

Menurut Dominic, jawatan tertinggi BN sudah membuktikan bahawa UMNO menguasai gabungan tersebut. 

“Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Pemuda dan pemimpin atasan Wanita, semua dari UMNO.

“Tetapi kita nampak PN memang tidak ada begitu serta seimbang. Semua jawatan penting dikongsi bersama semua komponen parti ini,” katanya. 

GERAKAN bertindak keluar dari BN pada Jun 2018 apabila parti itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Parti itu kemudian menjadi sebuah parti bebas yang konstruktif selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan (CGC) mengambil kira senario politik pasca PRU-14 serta sentimen daripada akar umbi. 

Namun, pada 11 Februari tahun lalu, GERAKAN bertindak menyertai PN kerana dilihat mempunyai agenda sama untuk mengambil berat soal kebajikan dan pembangunan ekonomi. - Getaran, 19 Februari 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi