web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKR Umum 6 Lagi Calon PRN Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 9:03PM

Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama tujuh orang calon pada Majlis Pengumuman Calon PKR Zon Timur di Dewan Terbuka Persatuan ATM Cawangan Pasir Gudang hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Zulinah A Johari, antara enam calon Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Selain Zulinah yang juga muka baharu dan akan bertanding atas tiket PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh, Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Omar Mokhtar Abdul Manap dipilih sebagai calon di DUN Johor Lama, Haniff @ Ghazali Hosman (Benut), Mohd Zaiful Bakri (Kukup), Haryati Abu Nasir (Semarang) dan Rosman Tahir (Tanjong Surat).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis di Pasir Gudang turut mengumumkan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggerang, Khairuddin Abdul Rahim ditampilkan sebagai calon di DUN Rengit.

Khairuddin sebelum ini adalah ADUN daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mengumumkan menyertai PKR pada 27 Februari, tahun lalu.

Anwar ketika berucap pada majlis itu menegaskan kesemua calon yang diumumkan pada hari ini adalah tokoh muda berumur di bawah 40 tahun.

“Semua barisan calon kita tonjolkan tokoh muda di bawah 40 tahun, saya jadi Ahli Parlimen 32 tahun, calon yang ada lebih muda. Sepatutnya saya umumkan dua calon di sini dan lima di Benut, tapi saya diberitahu saya dititah menghadap (Tengku Mahkota Johor).

“Jadi saya terpaksa umumkan sekarang dan kemudian mohon teruskan kerja dan dalam kesempatan hari lain, saya akan sampai ke kawasan lain,” katanya hari ini.

Terdahulu, PKR mengemukakan tiga calon muka baharu di zon utara iaitu C Subramani di kerusi DUN Buloh Kasap, Yong Thau (Pemanis) dan Azmi Masrani (Sri Medan).

Sebelum ini, tiga muka lama turut dikekalkan, iaitu penyandang DUN Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar; DUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni dan DUN Tiram, S Gopalakrishnan.

Pada masa sama, mantan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang baru menyertai PKR kira-kira tiga bulan lalu, diumumkan sebagai calon PH bagi DUN Layang-layang.

Selain itu, Na’im Jusri ditampilkan di DUN Gambir, Abdullah Sahid (Sungai Balang), Dr Zamil Najwah Arbain (Larkin), Napsiah Khamis Maharan (Kempas), Fakhruddin Moslim (Pasir Raja) dan Arthur Chiong Sen Sern (Bukit Batu).

PH sebelum ini memuktamadkan bahawa PKR akan bertanding 20 kerusi, AMANAH 20 kerusi, manakala DAP sebanyak 16 kerusi. – Getaran, 19 Februari 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi