web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN Johor, DAP Umum Lagi 5 Calon

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Feb 2022 12:16PM

Lim Guan Eng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bentayan, Ng Yak Howe dinamakan semula sebagai calon DAP bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini. 

Seorang lagi calon yang akan bertanding semula ialah penyandang kerusi DUN Pekan Nenas, Yeo Tung Siong. 

Bagi calon muka baharu, ahli jawatankuasa DAP Johor, M. Kanan dipilih untuk bertanding di DUN Bekok. 

Pada masa sama, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kulai, Wong Bar Yang pula dipilih sebagai calon bagi kerusi DUN Senai. 

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada satu majlis di Johor mengumumkan, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Alan Tee Boon Tsong pula ditampilkan sebagai calon di DUN Yong Peng.

Terdahulu, DAP mengumumkan dua calon iaitu Andrew Chen Kah Eng dan Liow Cai Tung, masing-masing penyandang bagi kerusi DUN Stulang dan Johor Jaya.

Bagi kerusi DUN Tangkak, DAP mempertaruhkan Ee Chin Li sebagai calon yang telah menjadi wakil rakyat selama dua penggal.

Chew Chong Sin pula akan mempertahankan kerusi DUN Mengkibol manakala bekas ADUN Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman berpindah ke DUN Mahkota.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol, Chew Chong Sin akan mempertahankan kawasan itu manakala bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman beralih ke DUN Mahkota.

Sebelum ini, PH telah sepakat untuk memberi 16 daripada 56 kerusi kepada DAP namun atas semangat kebersamaan, parti itu bersetuju menyerahkan dua kerusi iaitu Machap dan Bukit Permai kepada MUDA di bawah pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Getaran, 20 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini