web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Naib Presiden Antara 3 Calon MUDA PRN Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Feb 2022 4:53PM

(Dari kiri) Lim Wei Jiet, Afiqah Zulkifli dan Azrol Rahani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MUDA, Lim Wei Jiet, antara tiga calon Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Selain Wei Jiet yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Pengerusi MUDA Johor, Mohd Azrol Rahani turut terpilih dan akan dipertaruhkan di DUN Bukit Permai.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman pada majlis di Labis, Johor turut mengumumkan aktivis, Afiqah Zulkifli sebagai calon di DUN Bukit Kepong.

Dalam ucapannya Syed Saddiq berkata, rakyat Johor diharapkan dapat memberi peluang kepada semua calon MUDA dalam membawa perubahan kepada negeri itu, agar berupaya bebas daripada budaya politik kuno, korupsi dan salah guna kuasa.

“Demi menawarkan daya politik baharu, matang dan segar, penting untuk kita mengenengahkan calon berkualiti dan mempunyai trek rekod yang baik.

“Ketiga-tiga calon dari MUDA ini bukan sahaja muda dari segi usia namun mempunyai pengalaman berkhidmat dengan luar biasa. Kita berharap agar Johor memberi peluang kepada calon kita ini untuk berkhidmat kepada mereka,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika melancarkan calon MUDA bagi DUN Tenang, Bukit Kepong dan Bukit Permai di Taman Soon Chong yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi MUDA, hari ini.

Sebelum ini, MUDA menamakan Amira Aisya Abd Aziz, sebagai calon DUN Puteri Wangsa untuk PRN Johor 12 Mac depan.

Syed Saddiq berkata pemilihan Amira selaras aspirasi parti itu untuk menampilkan pimpinan muda, aktif berkhidmat dan sentiasa fokus dalam merangka dasar yang adil untuk neger tersebut.

Dengan pengumuman terbaru itu, hanya ada dua lagi calon daripada MUDA yang belum didedahkan kepada umum, masing-masing untuk kerusi Parit Raja dan Machap. – Getaran, 21 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 8 bulan yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi