web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pertembungan MUDA-PKR, Syed Saddiq Masih Berteka-Teki

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Feb 2022 7:33PM

Syed Saddiq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih mengunci mulut daripada menjawab sama ada pertembungan akan berlaku antara MUDA dan PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bulan depan.

Beliau sebaliknya memberi jaminan, MUDA tidak akan bertanding di kerusi yang dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kita fokus terlebih dahulu pada calon kita namun belum diputuskan berapa (kerusi) kita akan bertanding di PRN Johor.

“Pakatan Harapan (PH), melalui AMANAH dan DAP, telah memberi MUDA enam kerusi untuk bertanding dan keputusannya kita akan umumkan kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan calon MUDA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Bukit Kepong dan Bukit Permai di Taman Soon Chong, Johor yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi MUDA, hari ini.

Syed Saddiq berkata, pihaknya telah menerima makluman bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun mengumumkan kumpulan terakhir daripada semua 20 kerusi yang akan ditandingi parti itu.

“Saya beri komitmen, sebagai presiden MUDA, saya akan pastikan kita tidak akan bertanding di kerusi yang dimenangi PKR.

“Kalau dilihat kerusi yang kita tandingi sama ada kerusi UMNO atau BERSATU kerana kita mahu fokus kepada perubahan jangka panjang dan bukannya hanya pada PRN ini sahaja,” katanya.

Sementara itu, ditanya sekiranya MUDA akan menjalin kerjasama dengan PKR, Syed Saddiq berkata, pihaknya akan melaksanakan perkara itu dengan sebaiknya

“Kita mahu pembangkang menang. Kita mahukan perubahan di Johor supaya domino politik yang menyaksikan satu demi satu kerajaan negeri dibubarkan terhenti. Kita akan bekerjasama dengan sesiapa mempunyai aspirasi sama dengan kita,” katanya.

Sebelum ini, Anwar mengharapkan MUDA akan terus berada dalam blok PH bagi menghadapi PRN Johor.

Pengerusi PH itu yakin, kerjasama politik tersebut akan terjalin dan MUDA akan memberi maklum balas positif walaupun sebelum ini berlaku masalah pembahagian kerusi DUN.

“Sekiranya MUDA mengikut semangat manifesto yang sama dan selesaikan masalah rundingan, saya tidak ada masalah untuk pastikan semua calon mereka turut menang pada PRN Johor.

“Kita tunggu respons mereka dan saya percaya, InsyaAllah ia akan positif,” katanya

Naib Presiden MUDA, Lim Wei Jiet, ialah antara tiga calon PH yang diumumkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Selain Wei Jiet yang akan bertanding di DUN Tenang, Pengerusi MUDA Johor, Mohd Azrol Rahani turut terpilih dan akan dipertaruhkan di DUN Bukit Permai manakala aktivis, Afiqah Zulkifli diturunkan sebagai calon di DUN Bukit Kepong.

Sebelum ini, MUDA menamakan Amira Aisya Abd Aziz, sebagai calon DUN Puteri Wangsa.

Dengan pengumuman terbaru itu, hanya ada dua lagi calon daripada MUDA yang belum didedahkan kepada umum, masing-masing untuk kerusi Parit Raja dan Machap. - Getaran, 21 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

2

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Politik 10 bulan yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini