web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zahid, Muhyiddin, Berhenti 'Bogelkan' Sesama Sendiri - Ibrahim Ali

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 9:06PM

Ibrahim Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sikap tidak matang Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan musuhnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dianggap seperti sedang ‘membogelkan antara satu sama lain.’

Presiden PUTRA, Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali berkata, tindakan kedua-dua pemimpin dari parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor itu membuktikan politik negara semakin parah dan memalukan umat Islam tempatan.

“Muhyiddin mendedahkan Zahid datang berjumpanya membawa fail bertimbun, minta tolong selesaikan kes mahkamah. Sungguh malu perkara itu, presiden parti keramat, Muhyiddin sudah ‘bogelkan’ Zahid.

“Zahid yang menerima tempelak Muhyiddin, bertindak balas. Zahid kata, beliau sanggup bersumpah laknat bagi menafikan tuduhan itu sebagai fitnah dan tidak benar sama sekali. Justeru, siapa yang berkata benar,” katanya hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mendedahkan bahawa Ahmad Zahid pernah melakukan pertemuan dengannya bagi meminta campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapi dengan membawa timbunan fail, sebaik beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Namun, Ahmad Zahid dalam kenyataannya semalam, sanggup dan bersedia melaksanakan sumpah laknat sebagai penafian atas dakwaan Muhyiddin.

Presiden UMNO itu turut mempersoalkan kebenaran kenyataan dibuat Muhyiddin, yang menurutnya hanya timbul menjelang musim pilihan raya.

Tegas Zahid, beliau tidak pernah mengadakan pertemuan bersama Muhyiddin dengan membawa timbunan fail, sepanjang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menyandang portfolio Perdana Menteri.

Mengulas lanjut Ibrahim berkata, tindakan Ahmad Zahid dan Muhyiddin itu menimbulkan pelbagai pertanyaan, apatah lagi rakyat di peringkat akar umbi masih merintih serta mengharapkan bantuan pemimpin dalam menangani impak dibawa COVID-19.

“Tidak ada rasa malukah dan di manakah nilai ajaran Islam serta adat budaya bangsa? Mutakhir ini sudah bertimbun berita jijik melibatkan banyak pemimpin bertaraf Perdana Menteri, menteri dan Menteri Besar. Sungguh memalukan.

“Mungkin sudah tiba masanya, sebelum keadaan makin melarat, ada kalangan ahli politik eloklah buat pemeriksaan kesihatan mental dan berubat di Tanjung Rambutan atau di Tampoi, Johor,” katanya, sinis.

Jelas Ibrahim, keadaan itu tidak boleh dipandang ringan kerana akan menjejaskan kesejahteraan rakyat yang sedia berada dalam kesusahan.

“Wahai pemimpin Melayu, berhentilah memalukan bangsa sendiri. Perebutan kuasa ini tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat.

“Berehatlah demi kesihatan diri dan kasihanilah rakyat. Terimalah nasihat dan keluhan ikhlas ini iaitu daripada seorang pejuang politik yang ada harga diri dan maruah,” katanya. – Getaran, 21 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka