web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Pertaruh 70 Peratus Muka Baharu, Mohd Puad Turut Dicalon

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 3:31PM

Ahmad Zahid berucap pada Majlis Pengumuman dan Penyerahan Watikah kepada Calon BN bagi PRN Johor di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan 70 peratus muka baharu dan mengekalkan 11 penyandang kerusi sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Empat daripada penyandang itu adalah mantan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Johor, iaitu Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Samsol Bari Jamali dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan.

Calon bakal bertanding semula adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh, Datuk Zahari Sarip, Datuk Zulkarnain Kamisan (Sri Medan), Rashidah Ramli (Parit Raja), K Raven Kumar (Tenggaroh), Hahasrin Hashim (Panti), Rashidah Ismail (Pasir Raja) dan Datuk Syed Sees Syed Abd Rahman di Tanjung Surat.

UMNO turut mempertaruhkan Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Mohd Puad Zarkashi di DUN Rengit, selain EXCO Pergerakan Puteri parti itu, Noorliza Noh sebagai calon DUN Johor Lama.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Jefridin Atan turut dipilih di DUN Kukup, manakala mantan Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap (Pemanis) dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Datuk Sharifah Aziah dipertaruhkan di DUN Mahkota.

Barisan kepimpinan BN Johor juga diberi peluang sebagai muka baharu bagi pilihan raya kali ini, iaitu Ketua Pemuda UMNO Negeri, Md Hairi Md Shah yang ditampilkan di DUN Larkin; Naib Ketua Pemudanya, Mohd Fared Md Khalid (Semerah) dan Ketua MIC Johor, N Saraswathy (Kemelah).

Setiausaha Kerja UMNO Negeri, Pandak Ahmad dicalonkan di Kota Iskandar, manakala Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad di Bukit Kepong.

Parti itu turut memilih Hasni Salleh bagi calon DUN Tenang, Ir Mohamad Salleh (Bukit Pasir), Shahrihan Jani (Gambir), Kharinnisa Ismail (Serom), Datuk Luqman Md Dun (Simpang Jeram), Datuk Md Fuad Tukirin (Bukit Naning), Noor Farah Shamsudin (Maharani), Mohd Helmy Abd Latif (Sungai Balang), Datuk Najib Samuri (Parit Yani) dan Mohd Yusla Ismail (Senggarang).

Sementara itu, Mutalif Rahim dipilih sebagai calon DUN Layang-Layang, Yuzaimi Md Yusof (Endau), Muszaide Makmur (Sedili), Fauziah Misri (penawar), Azizul Bachok (Tiram), Baharuddin Md Taib (Permas), Ramli Rohani (Kempas), Datuk Md Jafny Md Shukor (Bukit Permai) dan Hasrunnizah Hassah (Pulau Sebatang).

Mengikut senarai dibacakan Hasni yang juga Pengerusi BN Johor, UMNO memperoleh sebanyak 37 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC empat kerusi pada PRN Johor.

Hasni yang mempertahankan kerusi DUN Benut berkata, biarpun senarai tersebut tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak, ia adalah barisan terbaik untuk membolehkan kerajaan negeri kembali dibentuk.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua pihak yang memberi sepenuh kerjasama, pandangan dan nasihat sehingga terbentuknya senarai ini.

“Walaupun ia sudah tentu tak lengkap, tak diterima semua pihak dan tak memuaskan hati semua, kita menyedari hakikat itu, tetapi sebagai orang parti, saya percaya kita semua akan terus berdiri teguh untuk memastikan BN meraih kemenangan besar di Johor,” katanya di Ibu Pejabat UMNO Johor, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Difahamkan, MCA masih dalam perbincangan untuk memutuskan senarai nama calon bagi kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, penelitian di pelbagai aras sudah dilakukan sebelum senarai itu dimuktamadkan, demi memberikan kesinambungan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Johor.

Beliau berkata, selain muka baharu, hampir 80 peratus daripada keseluruhan calon BN itu berusia di bawah 55 tahun dan mempunyai kelayakan tinggi akademik yang mempamerkan kesungguhan parti dalam memperkukuhkan agenda peremajaannya di pelbagai peringkat.

“Semoga perkiraan tiga elemen ini, bukan hanya sebagai satu ‘game changer’, tetapi menunjukkan kita tidak melupakan mereka yang berpengalaman untuk terus berkhidmat, selain memberikan kesinambungan usaha bagi meletakkan Johor sebagai sebuah negeri yang memiliki kekuatan tersendiri.

“Saya yakin hadirin di sini akan dapat menentukan sokongan kita apabila kita mula bergerak secara rasmi selepas penamaan calon nanti. Berikan dukungan bahawa kita akan kemukakan ‘poster boy’ (Hasni) kita bagi mendapatkan perkenan untuk beliau kekal dilantik sebagai Menteri Besar,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar semua jentera parti komponen parti itu bersama-sama berkempen agar BN mampu memenangi PRN Johor dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), UMNO bertanding mewakili 35 kerusi, MCA (14), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) (3) dan manakala MIC (4).

Namun, gabungan itu hanya memenangi 19 kerusi, iaitu masing-masing UMNO memperoleh 17 kerusi dan MIC (2). - Getaran, 24 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka