web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Shahruddin, Anak Osman Sapian Antara Calon PEJUANG

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 8:09PM

Mukhriz (tengah) hari ini mengumumkan nama calon-calon Parti Pejuang sempena PRN Johor 12 Mac ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh diumumkan antara 42 calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung parti itu akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, manakala Timbalan Ketua PEJUANG Johor, Nornekman Osman dipilih sebagai calon di DUN Kempas, kawasan pernah ditandingi bapanya, Allahyarham Osman Sapian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Selain itu, Muhd Hanafi Ahmad dicalonkan di DUN Buloh Kasap, Dr Azira Amrin (Pemanis), Noriza Sahardin (Kemelah), Mohd Fauzi Bachok (Tenang), Md Taib Md Suhut (Bukit Kepong), Mohd Akhiri Mahmood (Bukit Pasir) dan Suraya Sulaiman (Gambir).

Bagi DUN Tangkak, PEJUANG mempertaruhkan Muhammad Airel Zabridin, manakala Abdul Azim Abdul Malek di Serom, Riad Ahmad (Maharani), Intan Nadira Shafika (Sungai Balang), Mahdzir Ibrahim (Semerah), Mohd Firdaus Abd Malik (Sri Medan), Adzlan Raju (Semarang), Mohd Ridhauddin Mohd Tahir (Parit Yaani) dan Abdul Lateef Mahrani.

Pada masa sama, Zalifah Jaffar dipilih bertanding di DUN Senggarang, Nizam Bashir Abdul Kariem (Rengit), Ahmad Shafiq Othman (Layang-Layang), Aminuddin Johari (Paloh), Rosdi Amir (Kahang), Zaini Tahar (Endau), Mohd Firdaus Abd Rahman (Tenggaroh), Ahmade Din (Panti), Mohd Yusir Yusof (Pasir Raja) dan Tariq Ismail Mustafa (Sedili).

Shahruddin ketika mengumumkan calon di Muar, memilih Mohd Shukor yang akan bertanding di DUN Johor Lama, Rahmatullah Kamilin (Penawar), Samat Atan (Tanjung Surat), Datuk Abdul Aziz Harun (Tiram) dan Ts Dr Khairil Anwar Razali (Puteri Wangsa).

Pada masa sama, PEJUANG meletakkan Mahaya Ahmad di DUN Permas, Mohamad Riadz Hashim (Larkin), Dr Zaini Abu Bakar (Kota Iskandar),  Mokhtar Abdul Wahab (Bukit Permai), Iskandar Noor Ibrahim (Benut), Abdul Rashid Abd Hadi (Pulau Sebatang) dan Zamzam Hashim di (Kukup).

Sementara itu, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, komposisi calon diketengahkan parti berkenaan adalah muka baharu yang pertama kali bertanding pada PRN.

“Kebanyakan mereka adalah kali pertama menyertai parti politik dan ada yang datang daripada parti lain sebelum PEJUANG ditubuhkan.

“Ramai juga dari sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan akademik. Kita fikir secara mendalam agar kita dapat tubuhkan kerajaan negeri sekiranya kita diberikan mandat oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata, empat daripada calon PEJUANG diketengahkan itu juga adalah wanita berusia di bawah 50 tahun.

“Mereka datang dari pelbagai latar belakang politik dan kebanyakan calon kita adalah pertama kali menyertai politik,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi