web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKR Tidak Akan Bantu Calon MUDA Jika Parti Bertembung

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 5:39PM

Syed Ibrahim Syed Noh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, membuktikan parti itu tidak menghormati semangat kebersamaan pembangkang dalam membela masa depan rakyat di Johor. 

Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor, Syed Ibrahim Syed Noh mengakui tindakan terbabit diambil berkemungkinan kerana kerusi dituntut MUDA dalam rundingan sebelum ini, tidak dipersetujui parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. 

“Saya maklum akan pengumuman calon oleh MUDA di kerusi N44 Larkin semalam dalam keadaan di mana PKR sudah mengumumkan calonnya di kerusi sama pada 14 Februari lalu. Saya amat kesal akan tindakan MUDA. 

“Namun wajar saya tegaskan dan ingatkan bahawa tindakannya itu bercanggah dengan pendekatan membawa suara rakyat serta lawan musuh bersama,” katanya menerusi kenyataan media hari ini. 

Malah, Syed Ibrahim menegaskan, apa yang memburukkan keadaan, tindakan terbabit seolah-olah memberi kemenangan kepada pihak lawan. 

Terdahulu, MUDA mengesahkan parti itu meletakkan calon di DUN Larkin yang turut ditandingi PKR. 

Keputusan itu dimuktamadkan apabila Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan pemilihan Ketua Penerangan MUDA Johor, Rasid Abu Bakar sebagai calon di kerusi berkenaan, semalam. 

Bagaimanapun, Syed Ibrahim berkata, PKR tidak akan mengambil langkah serupa untuk ‘melanggar’ kerusi MUDA kerana menghormati keputusan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP. 

Katanya, sekiranya tindakan itu dilakukan, ia akan dicemuh pengundi dan rakyat yang sudah muak dengan politik perebutan kuasa. 

“PKR akan terus bertanding di kerusi kita sahaja untuk memenangi hati pengundi di Johor. 

“PKR hanya akan tumpu kepada membantu calonnya dan calon AMANAH serta DAP dalam PRN ini, sekiranya MUDA tetap meletakkan calon di kerusi ditandingi kita,” katanya. 

Lantaran itu, Syed Ibrahim menegaskan MUDA masih mempunyai masa untuk mempertimbangkan semula tindakannya sebelum penamaan calon esok. 

“Memang benar bahawa rakyat yang akan menentukan siapa pilihan mereka, tetapi biarlah pertimbangan dibuat atas dasar dan sikap yang betul dalam politik,” katanya. - Getaran, 25 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini