web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DUN Bukit Kepong, Sahruddin Berdepan Tentangan 4 Penjuru

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Feb 2022 10:48AM

Dr Sahruddin Jamal - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Mantan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berdepan saingan empat penjuru dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Setiausaha BERSATU itu kini memilih untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) selepas parti terbabit menggerakkan 'Langkah Sheraton' dan keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Dr Sahruddin akan ditentang mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed dari BN, calon PH-MUDA, Nurafiqah M Zulkifli dan calon PEJUANG, Md Taib Md Suhut.

Kesemua calon telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh penamaan calon tamat tepat jam 10 pagi tadi.

Tiada calon Bebas mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding di kerusi tersebut.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus (RO) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Bukit Kepong, Rahaman @ Abdul Rahman Selamat manakala proses penamaan pula berlangsung di Dewan Karisma, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, di sini, hari ini.

Serentak dengan penularan COVID-19, proses penamaan dijalankan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP), yang menyaksikan hanya calon dan pencadang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon (PPC).

Kerusi Bukit Kepong sebelum ini dimenangi PN melalui Sahruddin, menewaskan Mohd Noor Taib daripada BN dan Iqbal Razak (PAS) dengan majoriti 1,273 undi. - Getaran, 26 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

3

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

4

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'