web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dr Sahruddin Yakin Menang Di Bukit Kepong

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 12:29PM

Dr Sahruddin Jamal menunjukkan nombor kedudukan dalam kertas undi selepas mengemukakan kertas penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Dewan Karisma, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Datuk Dr Sahruddin Jamal melahirkan keyakinan dapat menambah majoriti undi bagi memastikan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan.

Mantan Menteri Besar Johor itu seolah-olah memuji dirinya sendiri, yang dilihat berjaya membangunkan kawasan Bukit Kepong dan berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira parti atau agama.

"Saya berjaya membawa pembangunan di DUN Bukit Kepong dan hubungan baik bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang banyak mendidik serta memberi tunjuk ajar, memudahkan saya bergerak.

Dengan pengalaman saya sebagai Menteri Besar Johor, pengalaman Tan Sri (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri, saya yakin bahawa mampu mentadbir kerajaan negeri jika diberi amanah menerajui Johor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penamaan calon di perkarangan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, di sini hari ini.

Dr Sahruddin bagaimanapun menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan PN sama ada mahu menamakan beliau sebagai Menteri Besar sekirangan gabungan itu memangi PRN kali ini.

Tegasnya, sebagai Setiausaha PN Johor, beliau akur dan patuh  kepada semua arahan pucuk pimpinan dan berhasrat untuk memastikan BERSATU mampu menyumbang kerusi untuk PRN Johor.

"Setakat ini belum diumumkan (siapa calon Menteri Besar) dan saya serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memilih sesiapa pun.

"Saya hanya ahli parti, saya akan pastikan parti saya PN untuk memenangi terlebih dahulu PRN Johor," katanya.

Dr Sahruddin Jamal berdepan saingan empat penjuru dalam usaha mempertahankan kerusi DUN Bukit Kepong yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ketika bersama Pakatan Harapan (PH).

Beliau akan ditentang mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed dari BN, calon PH, Nurafiqah M Zulkifli yang mewakili MUDA dan wakil PEJUANG, Md Taib Md Suhut. - Getaran, 26 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi