web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ismail Kembali Untuk Teruskan Projek Terbengkalai

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 1:05PM

Ismail Mohamed

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Isu perumahan terbengkalai di Bukit Kepong  menyebabkan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed kembali menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Pada masa sama, beliau berkata, banyak projek pembangunan modal ihsan dan bantuan demi mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat yang dilaksanakan ketika BN memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), tertangguh sehingga hari ini.

"Kerana itu saya perlu kembali berkhidmat di DUN Bukit Kepong untuk meneruskan segala usaha yang pernah saya lakukan.

"Saya tidak sampai hati untuk melihat semua usaha bagi membangunkan penduduk miskin di Bukit Kepong tergendala begitu sahaja," katanya selepas penamaan calon di perkarangan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, hari ini.

Ismail berkata, beliau juga ingin membantu pembangunan masyarakat FELCRA yang terbantut sejak Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pusat.

"Saya mengharapkan bila diberi peluang oleh masyarakat DUN Bukit Kepong, saya ingin meneruskan semua usaha yang pernah dirancang dan telah dilaksanakan tapi terbengkalai," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terharu atas kehadiran mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Najib beri sokongan moral yang kita bawa di beberapa tempat. Alhamdulillah dapat sambutan menggalakkan dan pengundi kita bersedia untuk membantu calon BN di sini," katanya.

Sebelum dilaksanakan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DUN Bukit Kepong dikenali sebagai Bukit Serampang yang dimenangi Ismail pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pada PRU-14, DUN ini dimenangi calon BERSATU, Dr Sahruddin Jamal yang turut dilantik sebagai Menteri Besar di bawah pentadbiran kerajaan PH.

Untuk PRN, Ismail bakal berdepan saingan empat penjuru yang akan diberikan Dr Sahruddin, Nurafiqah M Zulkifli mewakili PH (MUDA) dan calon PEJUANG, Md Taib Md Suhut. - Getaran, 26 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: Pengundi Pagoh Ditawar RM1,000?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

3

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

4

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah