web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pertahan Kerusi DUN Simpang Jeram, Salahuddin Terima Saingan 4 Penjuru

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Feb 2022 2:52PM

Salahuddin Ayub - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berdepan saingan empat penjuru dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) akan ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Md Don; calon PEJUANG, Mahaizal Mahmor dan calon PN mewakili BERSATU, Zarul@Mohamad Zahrul Salleh.

Kesemua calon telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh penamaan calon tamat tepat jam 10 pagi tadi.

Tiada calon Bebas mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding di kerusi tersebut dan proses penamaan berlangsung di Dewan Ibnu Battuta Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Mohd Yassin, di sini, hari ini.

Serentak dengan penularan COVID-19, proses penamaan dijalankan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP), yang menyaksikan hanya calon dan pencadang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon (PPC).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai menang bergaya menewaskan Mohd Radzi Amin daripada BN, Mohd Mazri Yahya (PAS) dan Ahmad Hashim (Bebas) dengan majoriti 7,687 undi

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemas kini hingga 21 Januari lalu, DUN Simpang Jeram memiliki 40,014 pengundi. - Getaran, 26 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

2

Politik 1 tahun yang lalu

Saingan 3 Penjuru Antara PH, PN, Bebas Di PRK Pulai, Simpang Jeram

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

4

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini