web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jika BN Menang Besar, Itu Isyarat Akan Kembali Ke Putrajaya - Najib

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 3:57PM

Najib menyifatkan PRN kali ini sebagai titik perubahan bagi landskap politik negara kerana Johor adalah tempat kelahiran UMNO. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kemampuan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara terbuka menawarkan diri sebagai penasihat ekonomi Johor jika Perikatan Nasional (PN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO turut mempersoalkan, 'dalil' apa yang boleh dibawa oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu selepas dilihat gagal mentadbir kerajaan ketika menjadi Perdana Menteri.

"Banyak orang kata, bukan saya sahaja. Kalau dia mengepalai kerajaan yang gagal menangani COVID-19 dan juga masalah ekonomi masa dia jadi Perdana Menteri, apa dalil atau sokongan yang boleh dibawa lagi.

"Dari segi pencapaiannya, itu dipersoalkan banyak pihak. Sekiranya beliau boleh meyakinkan rakyat sebagai penasihat ekonomi negeri Johor, apakah dia boleh membantu pembangunan negeri ini," katanya pada sidang media di Kompleks Pekembar, hari ini.

Muhyiddin sebelum ini menawarkan diri untuk menjadi penasihat ekonomi Johor sekiranya PN dapat membentuk kerajaan dengan memenangi PRN.

Presiden BERSATU itu berkata, pihaknya mempunyai agenda besar supaya Johor menjadi negeri paling cemerlang, gemilang, sekali gus membuatkan rakyatnya tampil maju, disegani serta dihormati.

Katanya, antara pengisian agenda itu termasuk memperbaiki taraf hidup belia dengan mewujudkan peluang pekerjaan selain memperkasakan sumbangan wanita dalam ekonomi.

Najib Razak
Najib Razak

Dalam pada itu, Najib dilihat seperti memaafkan perbuatan Muhyiddin dan Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering menyerangnya bagi mewujudkan perspektif negatif rakyat kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tegas beliau, rakyat Johor tidak memandang isu tersebut dan yakin bahawa Barisan Nasional (BN) mampu menentukan masa depan lebih baik buat mereka.

"Rakyat ingin melihat pemulihan ekonomi negeri Johor, aspirasi mereka itu dapat dipenuhi, soal pekerjaan, perumahan, jumlah pelaburan dan sebagainya. Ini semua diutamakan dan kebajikan rakyat, soal masalah rakyat seharian.

"Kalau dia nak serang saya pun tak apalah, itu pilihan dia tapi pada rakyat pokoknya, agenda utama mereka ialah soal masa depan dan kehidupan," katanya.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN menegaskan, PRN kali ini merupakan titik perubahan bagi senario dan landskap politik kerana Johor adalah tempat kelahiran UMNO.

Lantaran itu beliau menegaskan, sekiranya mandat pemerintahan dikembalikan semula kepada BN, ia merupakan isyarat bahawa gabungan itu mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"Negeri Johor memiliki 26 Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kebanyakannya kerusi campuran. Ini bererti bahawa cerminan pada sokongan bukan sahaja orang Melayu tetapi rakyat berbilang kaum.

"Jadi, kalau Johor kembali ke pangkuan UMNO sebagai sebuah negeri yang ditunjangi parti kita dan mendapat sokongan padu dalam kalangan rakyat melalui majoriti menyakinkan, maknanya kemenangan besar buat BN," katanya. - Getaran, 26 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 7 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global