web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengundi Muda Mahu Calon Perjuang Nasib Rakyat, Bukan Hanya ‘Mulut Manis’

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 2:21PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Pemilihan muka baharu, khususnya anak muda yang diketengahkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan jaminan untuk mereka meraih sokongan, malah dilihat tidak memberi kesan ketara kepada pengundi.

Tinjauan Getaran di sekitar daerah ini mendapati, rata-rata pengundi, terutama golongan muda mahu calon yang bersih daripada rasuah dan berintegriti, di samping mudah mendekati mereka untuk mendengar harapan.

Generasi kedua Felda Sri Jaya, Anwar Musa, 28, berpandangan, calon veteran yang ditampilkan parti tidak menjadi masalah untuk diterima pengundi, termasuk orang muda sekiranya individu terbabit pandai ‘membeli’ jiwa untuk memahami denyut nadi mereka.

Muhd Arif Abdul Rahim
Muhd Arif Abdul Rahim

“Parti dan calon terpilih nanti perlu membantu pengundi serta golongan muda, terutama mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan luar bandar demi merancakkan industri.

“Sekiranya tidak dilaksanakan dan masih berdiam, perkara itu akan menyebabkan lebih ramai anak muda berhijrah ke bandar bagi mencari pekerjaan demi menyara hidup keluarga,” katanya kepada Getaran hari ini.

Anwar berkata, dia turut berbangga apabila anak muda pada masa kini sudah bijak memainkan peranan penting dalam membawa perubahan politik supaya suara golongan terbabit didengari di peringkat atasan.

“Suara anak muda ini sudah mula mempunyai kuasa dan kekuatan kepada negara. Jadi, saya yakin selepas ini apa disuarakan anak muda akan lebih dilihat dan diteliti pemimpin kita,” katanya.

Bagi mahasiswa, Muhd Arif Abdul Rahim, 22, umur bukan penghalang untuk seseorang menjadi calon, namun mereka yang terpilih harus mempunyai ketokohan memimpin.

Apa paling penting, jelasnya, pemimpin perlu menjiwai situasi dihadapi masyarakat, selain menunaikan segala janji manis ditawarkan kepada rakyat, khususnya dari segi pembangunan dan ekonomi.

Muhd Arif Abdul Rahim
Muhd Arif Abdul Rahim

“Harapan saya supaya pemimpin kali ini dapat melaksanakan tanggungjawab sebaiknya dan jangan sekadar menabur janji, tetapi hilang selepas terpilih menjadi wakil rakyat. Manifesto perlu dilaksanakan.

“Saya menyokong mana-mana pemimpin yang ingin membawa perubahan terbaik kepada rakyat, khususnya golongan muda kerana kami adalah legasi pemimpin pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, pelajar kolej, Zalehah Ayuni, 20, berkata, pengundi mendambakan seorang calon yang memiliki sikap komited tinggi terhadap tanggungjawab, bersih personaliti dan boleh dijadikan ikon masyarakat, khasnya kepada belia.

“Saya hanya mahukan kerajaan dan parti mempunyai rekod baik yang boleh menjamin kestabilan Johor, seterusnya masa depan generasi muda sebaiknya.

“Pengundi seperti saya juga tidak mahu pemimpin dan ahli politik muda yang terpalit dengan kes rasuah serta salah guna kuasa. Dengan ini kita akan dapat mewujudkan kerajaan stabil yang mampu menjamin masa depan orang muda,” katanya.

Terdahulu, melalui pelaksanaan Undi18, jumlah pengundi baharu di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus.

Menurut data dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 2,597,742 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor kali ini.

Seramai 239 calon ditampilkan pada pilihan raya itu membabitkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hari pengundian bagi PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac, manakala hari penamaan calon pada 26 Februari lalu dan tarikh mengundi awal pada 8 Mac. - Getaran, 27 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Politik 1 tahun yang lalu

Tangkis Fitnah Di Media Sosial, Geng Perpaduan Dilancar Untuk Pengundi Muda

3

Politik 1 tahun yang lalu

Puteri UMNO Buat Post Mortem Kaji Penolakan Pengundi Muda

4

Politik 1 tahun yang lalu

Tidur Tak Lena Gara-Gara Teruja Undi Kali Pertama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah