web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tanding DUN Larkin Bukan Rundingan ‘Pintu Belakang’ - Nurafiqah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 3:27PM

Nurafiqah M Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak pernah sama sekali menandatangani perjanjian bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), seperti dilakukan dengan DAP dan Amanah.

Pengasas Bersama MUDA, Nurafiqah M Zulkifli menegaskan, tidak menjadi satu kesalahan buat partinya meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut beliau, platform tersebut merupakan pentas terbuka untuk bertanding secara sihat dan ia adalah hak demokrasi yang tidak boleh dinafikan mana-mana parti.

“Bila kata kami pengkhianat, itu pelik kerana kami tidak berada bersama gabungan Pakatan Harapan (PH) dan atau buat sebarang perjanjian bersama PKR.

“Kami hanya lakukan bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

“Oleh kerana itu, memang kami ikut seperti dalam perjanjian dan kami tidak langgar DAP dan AMANAH. Semangat setia kawan itu betul namun tak boleh nafikan hak demokrasi. Apa yang kami lakukan bukan melalui pintu belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Getaran di Bilik Gerakan Utama MUDA di Taman Pagoh Jaya, hari ini.

Lantaran itu, Nurafiqah yang juga calon MUDA di DUN Bukit Kepong mempersoalkan dakwaan sesetengah pihak bahawa partinya telah ‘menikam belakang’ PH, sekali gus memalit imej negatif kepada gabungan tersebut.

“Kami ada juga kawan dari UMNO dan juga PEJUANG tapi bila pilihan raya, kita bertanding secara sihat. Mungkin ramai salah faham bahawa kawan hanya dalam pakatan namun sebenarnya ia merentasi parti politik,” katanya.

Sementara itu, ditanya sekiranya MUDA akan dibantu oleh jentera PH, Nurafiqah mengakui tidak mengharapkan perkara tersebut akan berlaku dan terpulang kepada keputusan gabungan tersebut.

Jelasnya, MUDA ketika ini sedang menggerakkan jentera sendiri dengan lebih meluas agar partinya dapat memberi saingan kepada calon veteran dan memenangi semua kerusi DUN yang ditandingi.

“Kita tidak buat sebarang perjanjian untuk jentera Amanah atau DAP datang menolong, namun ia terpulang kerana kami faham setiap jentera mahu mengutamakan calon daripada parti masing-masing.

“Kami bukan demand mereka perlu bantu kita. Kalau dapat undi daripada penyokong PH, itu sudah cukup baik buat MUDA. Setakat ini, kita giat menggerakkan jentera di setiap DUN yang parti bertanding,” katanya.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan MUDA kerana meletakkan calon bertanding di kerusi DUN Larkin.

Menurut beliau, Pakatan Harapan (PH) tidak ada masalah terhadap calon yang bertanding dalam PRN Johor tetapi konflik timbul di DUN Larkin membabitkan parti MUDA.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata tindakan tersebut membuktikan MUDA tidak menghormati semangat kebersamaan pembangkang dalam membela masa depan rakyat Johor.

Malah, beliau menegaskan, apa yang memburukkan keadaan, tindakan terbabit seolah-olah memberi kemenangan kepada pihak lawan.

Syed Ibrahim turut mengakui, tindakan terbabit diambil berkemungkinan kerana kerusi dituntut MUDA dalam rundingan sebelum ini, tidak dipersetujui parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Bagaimanapun beliau berkata, PKR tidak akan mengambil langkah serupa untuk ‘melanggar’ kerusi MUDA kerana menghormati keputusan AMANAH dan DAP. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 10 bulan yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Politik 1 tahun yang lalu

MUDA Tak Pernah Mohon Sertai PN – Amir Hadi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad