web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mentah Politik Bukan Penghalang Qi Ru Berkhidmat Untuk Rakyat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 9:01PM

Gan Qi Ru menemui salah seorang penduduk di kawasan DUN Bentayan ketika melakukan 'walkabout' di Pasar Awam Muar, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bentayan, Gan Qi Ru, berazam menawarkan pelbagai agenda, termasuk membangunkan pusat pelancongan di kawasan ini.

Pada masa sama, Qi Ru, 39, komited mewujudkan hab perniagaan buat generasi belia bagi menyediakan peluang pekerjaan dan membantu golongan itu menjana sumber pendapatan.

Menurut beliau, pihaknya telah mengenal pasti kawasan sesuai untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan yang dapat menarik pelancong ke daerah ini.

"Sebelum menyertai politik, saya memang aktif bersama gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan memahami permasalahan rakyat kerana sentiasa berada di lapangan.

"Misi saya jika diberikan mandat oleh penduduk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah untuk membangunkan daerah Muar sebagai pusat pelancongan yang dikenali dan mewujudkan kawasan food truck buat golongan belia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan walkabout di Pasar Awam Muar, hari ini.

DUN Bentayan dalam daerah Muar menjadi laluan utama penduduk untuk ke Melaka yang menjadi tumpuan pelancong kerana terkenal dengan juadah lazat seperti mi bandung, sate dan asam pedas.

Qi Ru berkata, isu banjir juga turut diberi perhatian serius, terutama melibatkan penyelesaian jangka panjang demi memastikan kejadian banjir kilat di kawasan Muar tidak berulang.

"Pendekatan yang sistematik, termasuk sistem perparitan, sungai dan saliran, selain tadbir urus penyelenggaraan akan dipertingkatkan demi keselesaan serta kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau memberitahu, antara cabaran paling besar dihadapinya adalah mendepani persepsi orang ramai yang melihat beliau masih mentah dan tidak berpengalaman dalam selok belok politik.

Namun, Qi Ru yakin dapat memberi perkhidmatan terbaik, khususnya kepada golongan muda dan berharap mendapat sokongan serta kepercayaan penduduk Bentayan.

"Saya tak rasa tercabar kerana yakin dengan pengalaman yang ada, isu yang sudah dibangkitkan akan saya selesaikan sekiranya dipilih pada PRN nanti.

"Selama boleh berkempen ini, saya akan turun padang menemui pelbagai lapisan masyarakat di Muar, khasnya Bentayan dan akur untuk patuh segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sempanjang berkempen," katanya.

Ditanya mengenai peluangnya sebagai calon muka baharu, ahli perniagaan hardware itu positif kerana katanya, isu rakyat kurang diberi perhatian oleh wakil rakyat sebelum ini.

"Saya yakin pengundi bijak memilih dan pengundi yakin BN saja yang mampu menaungi rakyat dengan memberikan perkhidmatan terbaik.

"Malah, rekod cemerlang BN mentadbir negara berbanding parti lain jelas terbukti menerusi pembangunan, ekonomi dan sosial rakyat negara ini sejak kemerdekaan," katanya.

DUN Bentayan menyaksikan saingan tiga  penjuru, membabitkan Eddy Tan Kok Hong daripada Perikatan Nasional (GERAKAN) dan penyandang kerusi, Ng Yak Howe (DAP).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Yak Howe telah menewaskan Lee Kim Heng dengan majoriti 13,629 undi. - Getaran, 1 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini