web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH Belum Tentukan Calon MB Johor - Salahuddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 9:13PM

Salahuddin Ayub

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Pakatan Harapan (PH) mengakui belum membuat sebarang keputusan berhubung calon Menteri Besar Johor, walaupun ura-ura menyebut Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik bakal mengisi jawatan itu jika gabungan terbabit memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, keputusan mengenai perkara ini masih belum dimuktamadkan pucuk pimpinan gabungan tersebut.

Beliau memaklumkan, parti masih menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan calon Menteri Besar Johor.

"Tentang calon Menteri Besar kemungkinan Majlis Presiden PH akan bincang perkara ini dalam masa terdekat.

"Saya tak mahu komen banyak, biarlah diselesaikan oleh Majlis Presiden, setakat ini belum ada perbincangan lagi," katanya pada media selepas mengedarkan bubur di Surau Air-Rahman Simpang Jeram, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya pandangan BN yang dikatakan mempunyai 40 peratus penyokong tegar di Johor, Salahuddin menegaskan PH juga mempunyai peratusan tinggi yang mampu menyaingi kekuatan dimiliki BN.

"Semua parti hari ini sedang meningkatkan perkara itu, bukan hanya Barisan Nasional (BN) dan UMNO dan undi putih, kita pun ada juga.

"Kita sedang membuat penculaan supaya kita dapat  mengeluarkan semua pengundi dan penyokong tegar kita," katanya.

Terdahulu media tempatan melaporkan, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yakin beberapa tempat menunjukkan BN memiliki 40 peratus penyokong tegar di Johor.

Menurutnya, baki 60 peratus penyokong pula akan dibahagi kepada empat atau tiga parti yang bertanding dalam PRN Johor kali ini termasuk BN.

“BN sudah ada 40 peratus dan kena cari lagi 10 peratus untuk jadi 50 peratus. Jika 50 peratus, ia sudah selamat untuk memberi kelebihan kepada BN,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin melahirkan rasa bangga apabila melihat tiada serangan peribadi yang diterima PH setakat ini, sekali gus membuktikan kematangan pemimpin dalam berpolitik.

"Kita tidak mahu (PRN Johor) diaibkan dengan isu peribadi kerana kita perlu meletakkan ke tepi dahulu kepentingan politik dan mengutamakan kebajikan rakyat," katanya. - Getaran, 1 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang