web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukan PH Punca Polemik Politik Hingga DUN Johor Terbubar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 8:29AM

Datuk Seri Salahuddin Ayub - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuktikan bukan Pakatan Harapan (PH) yang mewujudkan polemik politik sehingga terbubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN) gara-gara ketamakan parti pemerintah.

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, PH sedaya upaya menyahut titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar semua ahli politik memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha menjaga kepentingan rakyat.

Beliau berkata, ini dibuktikan apabila gabungan itu menandatangani Memorandum (MoU) Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September tahun lalu, demi kesejahteraan rakyat.

“Saya harap Yang di-Pertuan Agong sedar bukan PH cuba bermain politik namun pemimpin parti dalam kerajaan yang lakukan perkara itu, sehingga rakyat di bebankan dengan PRN Johor sedangkan semua sedia maklum, kes baharu COVID-19 sudah mencecah 30,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas mengedarkan bubur di Surau Air-Rahman Simpang Jeram, semalam.

Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong mengingatkan ahli politik supaya fokus menjaga kepentingan rakyat ketika bertitah  pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen ke-14, hari ini.

Peringatan itu diberikan dalam dua rangkap pantun yang menurut baginda, adalah kesinambungan tiga rangkap pantun pada ucapan pembukaan Mesyuarat.

Baginda bertitah, jika semua pihak bersatu hati semua kerja yang susah akan menjadi senang.

“Gunung Kinabalu sama didaki,

Sungai Pahang sama direnang,

Jikalau semua bersatu hati,

Kerja yang susah menjadi senang.

“Busana tradisi kain bersulam,

Warnanya jingga berawan larat,

Cukuplah berpolitik siang dan malam,

Fokuskan menjaga kepentingan rakyat,” titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, bagi menghadapi 2022, semua pihak perlu mengukuhkan strategi dan ketahanan dalam mendepani cabaran COVID-19, dan menyegerakan pemulihan ekonomi negara supaya Malaysia tidak ketinggalan.

Dalam perkembangan lain Salahuddi berkata, lebih membimbangkan apabila terdapat ura-ura UMNO akan mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Kita PH komited benar-benar mahu negara diutamakan. Kerana itu kita mahukan pilihan raya diadakan apabila sudah cukup tempoh matang. Saya harap rakyat bijak menilai siapa yang paksa rakyat untuk adakan PRN Johor.

“Pengundi kena pilih parti yang utamakan rakyat, tolak untuk bermain politik yang semata-mata untuk memuaskan mereka iaitu BN dan BN yang menunjukkan mereka tidak utamakan rakyat,” katanya. - Getaran, 2 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

3

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah