web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tanding Bebas, Najib Lep Dedah Dirisik Presiden Parti

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 12:16PM

Najib Lep (tiga dari kiri) pada sidang media semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Najib Lep yang bertanding atas tiket Bebas mendedahkan beliau dirisik oleh presiden sebuah parti.

Najib yang sebelum ini merupakan ahli PAS memberitahu, dia menerima panggilan pada jam 3.30 pagi, kelmarin.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan niat sebenar presiden parti terbabit menghubunginya.

“Ada yang risik-risik tapi buat ketika ini biar saya bebas dahulu. Malam tadi, jam 3.30 pagi saya telah mendapat panggilan telefon daripada seorang presiden sebuah parti.

“Tapi saya cakap nanti tengok dulu macam mana,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakannya di Bukit Pasir, semalam.

Dalam pada itu, Najib tetap tidak mahu mendedahkan siapa presiden parti yang dimaksudkan walaupun diasak media.

Beliau mengakui, individu itu mahu mengadakan pertemuan dua mata bagi membincangkan satu perkara yang didakwa sebagai penting.

“Dia nak jumpa saya tapi saya tak boleh sebut siapa yang telefon, petang tadi pun ada juga (telefon), simpan sahaja untuk kenangan,” katanya.

Selain individu dimaksudkan, Najib memberitahu, dia turut dihubungi beberapa pihak lain untuk ‘dilamar’ secara peribadi.

“Yang risik saya empat lima orang buat panggilan telefon peribadi.

“Seorang daripada mereka adalah presiden, tapi bukan parti besar pun, biasa-biasa sahaja,” katanya.

Terdahulu, PAS telah memecat mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir itu selepas bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan presiden parti, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memaklumkan hal ini berkata, Najib telah menolak satu kerusi ‘boleh menang’ yang ditawarkan kepadanya.

Najib merupakan satu-satunya wakil rakyat PAS dalam DUN Johor selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Najib menewaskan Datuk Noriah Mahat (Barisan Nasional) dengan majoriti 1,883 undi. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Muat Naik Video Guna Senjata Api Tanpa Lesen, Calon PRU-15 Ditahan

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: Penyertaan Tertinggi 108 Calon Bebas Bertanding Kerusi Parlimen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

4

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka