web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Yakin Sokongan Felda Terhadap PH Meningkat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 9:30PM

Anwar melahirkan keyakinan dapat menambah majoriti undi bagi memastikan kemenangan menjadi milik PH.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Pakatan Harapan (PH) yakin jumlah sokongan daripada pengundi di kawasan Felda terhadap gabungan itu meningkat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dapat menambah majoriti undi bagi memastikan kemenangan menjadi milik pakatan tersebut.

“Sekurang-kurangnya kita dah boleh tembus (Felda), dulu kita nak masuk tak boleh, sebagai contoh di Buluh Kasap (Felda Palong Timur 1) ini dah boleh masuk.

“Ini membuktikan kita dah disambut masyarakat Felda, iaitu perubahan yang meyakinkan,” katanya kepada media selepas melakukan walkabout dan ceramah di Bilik Gerakan DUN Pemanis, hari ini.

Ditanya berkenaan pelancaran manifesto PH, Anwar berkata, perkara itu akan dibincangkan malam ini bersama pimpinan tertinggi gabungan itu.

“Untuk calon Menteri Besar, mesyuarat awal sudah ada namun mesyuarat (pimpinan PH) dalam beberapa hari kita akan tetapkan semula.

“Ini kerana Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail disahkan positif hari ini. Yang penting, kita kena menang dulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar yang juga Presiden PKR menyambut baik kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) apabila waktu ceramah melibatkan kempen parti politik dianjakkan sehingga jam 12 tengah malam.

Menurut beliau, kelonggaran diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  sempena PRN Johor itu merupakan sebahagian cadangan yang disuarakan oleh PH sebelum ini.

“Sebahagian yang (dilonggarkan) kita minta semalam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob namun tak bagi bercakap dengan ramai orang (ceramah besar-besaran).

“Setakat SOP ini kita setuju, buat di padang namun kena bagi kempen dengan cara yang lebih meluas,” katanya.

SPR memaklumkan, ceramah, syarahan atau kempen itu juga dibenarkan diadakan di dalam dan di pekarangan pejabat parti atau bilik gerakan rasmi.

Suruhanjaya itu menerusi kenyataan berkata, jumlah kehadiran pula tidak boleh melebihi 100 orang atau 50 peratus kapasiti ruang mengikut mana yang terendah, bagi memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain dan pemakaian pelitup muka.

“Jumlah tersebut termasuk penganjur, urusetia, penceramah dan peserta. Ceramah atau syarahan di premis yang terbuka atau tempat umum adalah tidak dibenarkan.

“Pindaan dan tambahan kepada SOP pencegahan COVID-19 bagi pelaksanaan PRN Johor itu akan berkuat kuasa serta merta,” katanya. - Getaran, 2 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah