web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Calon DUN Bukit Kepong Komited Selesai Isu Perumahan Felda

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 5:28PM

Seorang mekanik menukar minyak hitam sebuah motosikal pada Program Tukar Minyak Hitam Percuma dan Sembang Santai Bersama Penduduk oleh Dr Sahruddin Jamal di Pusat Daerah Mengundi Gersik sempena kempen PRN Johor, pada 27 Februari lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Tiga calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong komited untuk menyelesaikan projek pembinaan perumahan generasi kedua Felda demi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup golongan itu.

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya merancang memastikan pembinaan rumah untuk generasi terbabit di Parlimen Pagoh dilaksanakan dengan kadar segera, sekiranya isu tanah di kawasan berkenaan selesai.

“Isu tanah adalah isu daripada kerajaan negeri. Jika isu tanah itu sudah selesai, saya cukup yakin pihak Felda akan cuba membantu generasi kedua untuk membina rumah.

“Kami di Parlimen Pagoh ini sendiri ada empat Felda dan satu FELCRA,” katanya kepada media ketika ditemui bersama penduduk Gersik di sini, hari ini.

Dr Sahruddin Jamal
Dr Sahruddin Jamal

Sahruddin berkata, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memfokuskan misi membantu penduduk Felda.

“Ada kebanyakan Felda ini memang terdapat rumah generasi kedua. Itu menunjukkan keprihatinan Tan Sri yang memang sangat peka dan ingin membantu masyarakat di Parlimen Pagoh,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, penduduk generasi kedua peneroka Felda Sri Jaya Bukit Serampang di sini, merayu agar projek pembinaan perumahan bagi golongan terbabit disiapkan secepat mungkin.

Ketua kampung Felda Sri Jaya Bukit Serampang, Abd Ghani Abd Molok berkata, masalah tersebut berlarutan sejak kerajaan Johor berada di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar, Allahyarham Datuk Osman Sapian sehingga hari ini.

Menurutnya, status projek pembinaan 157 unit perumahan yang dimulakan sebelum ini juga mencetuskan tanda tanya apabila ia masih belum diusahakan sehingga sekarang.

Nurafiqah M Zulkifli
Nurafiqah M Zulkifli

Sementara itu, calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Nurafiqah M Zulkifli mahu mencari pendekatan lebih baik demi memastikan penduduk generasi kedua Felda dapat memiliki rumah sendiri.

Beliau berkata, pihaknya akan cuba mencari kawasan sesuai untuk dijadikan perumahan, bukan sahaja terletak di dalam kawasan Felda, malah membabitkan projek perumahan mampu milik yang dapat dibeli generasi kedua.

“Masalah sekarang ini sangat sukar dapat kuota rumah mampu milik. Di kawasan Felda atau kampung, masih ada dua atau tiga keluarga tinggal dalam satu rumah yang sangat tidak baik untuk kualiti hidup. Jadi, saya akan perbanyakan kuota di daerah ini kerana masih banyak tanah.

“Kena lebih kreatif kerana rumah adalah hak asasi manusia dan keluarga. Kami perlu bekerja keras kerana isu perumahan ini kalau tidak dilihat dengan meluas, menyebabkan ramai anak muda berhijrah ke bandar mencari peluang pekerjaan,” katanya.

Perkara itu, jelasnya, dapat diselesaikan sekiranya kerajaan negeri menyediakan perumahan mampu milik yang boleh dibeli golongan B40.

Ismail Mohamed
Ismail Mohamed

Sementara itu, bagi calon Barisan Nasional (BN), Ismail Mohamed berkata, beliau akan berusaha membangunkan infrastuktur terbabit selepas menyedari ramai pengundi di Pagoh tidak mempunyai kediaman sendiri.

Jelasnya, berdasarkan kajian dibuatnya di DUN Bukit Kepong, masih ramai penduduk khususnya belia menumpang di rumah ibu bapa masing-masing sehingga ada kes empat keluarga menetap di kediaman sama.

“Antara projek perumahan yang menjadi fokus utama untuk disambung semula adalah pembangunan membabitkan sebanyak 80 unit rumah transit untuk asnaf yang dilancarkan pada 2017 di mukim Bukit Kepong.

“Projek ini adalah di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan peruntukan pembinaan ketika itu sebanyak RM5 juta. Sebelum PRU-14, strukturnya sudah dinaikkan sebanyak 30 peratus, namun sayangnya terbengkalai selepas pertukaran kerajaan negeri,” katanya.

Tambahnya, idea pembinaan rumah tersebut bertujuan membantu mereka menetap sementara dalam tempoh lima tahun hingga 10 tahun, sehingga boleh mengubah kehidupan ke arah lebih baik dan memiliki kediaman lain. – Getaran, 3 Mac 2022.
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi