web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anak Muda Teruja, Sedia Mengundi PRN Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 3:01PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal menjadi pentas pertama buat golongan anak muda untuk menyuarakan hasrat mereka menerusi platform Undi18.

Laluan kini telah dibuka kepada golongan terbabit dan persoalannya, adakah kelompok itu bersedia untuk menjadi sebahagian penentu masa depan negara?

Tidak dinafikan, golongan muda kelihatan lantang berbicara soal politik dalam era maklumat yang semuanya terletak di hujung jari, namun adakah ia bakal diterjemahkan pada proses pilihan raya atau hanya terbatas di ruangan siber?

Tinjauan di sekitar Muar mendapati, rata-rata mereka sudah bersedia untuk menjadi sebahagian daripada pemilih, setelah belia yang berumur seawal 18 tahun dibenarkan mengundi pada PRN nanti.

Majoriti golongan itu meluahkan keterujaan, malah tidak sabar menantikan hari pengundian yang disifatkan sebagai saat bersejarah dalam hidup masing-masing.

Bagi membantu golongan itu, seorang pelajar kolej, Muhammad Nurussalam Ibrahim, 22 mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memainkan peranan penting dalam memberikan taklimat yang jelas berkenaan prosedur membuang undi.

Muhammad Nurussalam Ibrahim
Muhammad Nurussalam Ibrahim

Menurut beliau, perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya berikutan majoriti remaja di Johor tidak mempunyai pengalaman mengundi sebelum ini.

“Saya amat teruja tapi dalam masa yang sama agak takut kerana ini kali pertama buang undi. Jadi, saya memang tak tahu cara-caranya.

“Sehubungan itu, saya amat berharap agar SPR dapat ajar pengundi baharu, khasnya kami yang muda-muda ini supaya tidak membuat salah ketika mengundi,” katanya ketika ditemui Getaran, di sini.

Muhammad Irfan Aiman, 21, pula berpendapat, SPR perlu segera menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang lengkap semasa proses pengundian berlangsung, bagi mengelakkan penularan dan jangkitan COVID-19.

Muhammad Irfan Aiman
Muhammad Irfan Aiman

Beliau berkata, golongan muda dilihat amat teruja untuk mengundi namun dalam masa sama, diselubungi kebimbangan takut disebabkan peningkatan kes COVID-19 akibat varian Omicron.

“Memang kami tidak sabar untuk mengundi kerana sudah mempunyai tanggungjawab memilih pemimpin namun takut juga nak keluar sebab kes COVID-19 tengah tinggi.

“Saya amat berbangga kerana boleh mengundi untuk pemimpin akan datang, tetapi kepada SPR, saya harap boleh menerangkan dengan lebih lanjut SOP yang lengkap semasa proses pengundian nanti agar tidak berlaku kekeliruan,” katanya.

Dalam pada itu, mahasiswa, Mukhzani Amir Azmi, 25 yang bakal mengundi buat pertama kali pada PRN Johor, mengharapkan kerajaan bakal dipilih nanti dapat mentadbir dengan penuh integriti, amanah dan bertanggungjawab.

Mukhzani Amir Azmi
Mukhzani Amir Azmi

“Saya tidak sabar untuk mengundi sebab ini kali pertama, dan saya harap pemimpin yang akan datang ini dapat mengalas tugas yang baik serta menjadikan negara dan masyarakat bersatu padu.

“Pada masa sama, diharapkan pemantauan yang lebih ketat daripada SPR, agar keadaan pada hari pengundian terkawal dan tidak menyebabkan kluster pilihan raya berlaku di Johor,” katanya.

Terdahulu, melalui pelaksanaan Undi18, jumlah pengundi baharu di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus.

Menurut data dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 2,597,742 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor kali ini.

Seramai 239 calon ditampilkan pada pilihan raya itu membabitkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hari pengundian bagi PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac, manakala hari penamaan calon pada 26 Februari lalu dan tarikh mengundi awal pada 8 Mac. - Getaran, 6 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Politik 1 tahun yang lalu

Tangkis Fitnah Di Media Sosial, Geng Perpaduan Dilancar Untuk Pengundi Muda

3

Politik 1 tahun yang lalu

Puteri UMNO Buat Post Mortem Kaji Penolakan Pengundi Muda

4

Politik 1 tahun yang lalu

Tidur Tak Lena Gara-Gara Teruja Undi Kali Pertama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi