web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lagi Calon Positif COVID-19, Rahmattullah Kuarantin Di BGU Bandar Penawar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 2:17PM

Rahmattullah Kamilin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon PEJUANG bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Rahmattullah Kamilin disahkan positif COVID-19 selepas menerima keputusan ujian RTK antigen (RTK-Ag), hari ini.

Selain beliau sendiri, ahli pasukan kempennya turut diminta menjalani ujian saringan COVID-19 dan kuarantin kendiri seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"Dukacita dimaklumkan bahawa keputusan RTK test saya pada pagi hari ini adalah positif. RTK test turut dilaksanakan kepada 15 orang jentera dan mendapati seorang jentera positif.

"Saya dan seorang jentera tersebut akan melaksanakan kuarantin kendiri di Bilik Gerakan Utama (BGU) Bandar Penawar. Saya mohon maaf di atas kesulitan ini," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini. 

Rahmattullah berkata, untuk tempoh tiga hari lalu, beliau kurang mengadakan perjumpaan secara fizikal bagi bertemu pengundi. 

Jelasnya, ini kerana beliau perlu menghadiri dua majlis pengebumian dan melaksanakan urusan pentadbiran pengurusan pilihan raya yang lain.

"Saya juga tidak mengadakan ceramah serta kempen secara terbuka kerana fokus menggunakan kaedah live di FB sepanjang kempen PRN ini.

"Ahli jentera kami yang telah mendapatkan booster dan tidak bergejala akan meneruskan kerja-kerja kempen dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada tahap tertinggi," katanya. 

Selain Rahmattullah, antara calon yang dijangkiti COVID-19 adalah Yeo Tung Siong, iaitu calon DAP bagi DUN Pekan Nanas; Ter Hwa Kwong (BN DUN Penggaram), Chiong Sen Sern (PKR DUN Bukit Batu) dan Naim Jusri (calon PKR DUN Gambir). -Getaran, 7 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'