web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Alwiyah Tak Terkesan Laili Keluar Sertai UMNO

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 2:58PM

Alwiyah Talib (kanan) menemui penduduk setempat dalam kempen di kawasan yang ditandinginya di DUN Endau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib dari BERSATU tidak terkesan sedikitpun dengan tindakan ketua bahagian, Laili Yusof yang meninggalkan parti untuk menyertai UMNO.

Alwiyah berkata, beliau hanya terkilan dengan tindakan Laili yang secara tiba-tiba berpaling tadah ketika parti itu berada di ambang Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Bohonglah kalau kata saya tak terkejut dengan tindakan Laili tetapi itu semua telah menjadi asam garam dalam dunia politik. Ramai juga yang simpati dengan saya kerana diperlakukan begini oleh ketua bahagian. 

"Namun, saya perlu memandang ke hadapan lebih-lebih lagi saya masih ada tanggungjawab yang belum diselesaikan,” katanya, hari ini.

Laili Yusof
Laili Yusof

Bagaimanapun, melihat pada sokongan yang diberikan rakyat terhadapnya, Alwiyah makin bersemangat untuk berkempen bagi memastikan jawatan disandang dapat dikekalkan.

"Tumpuan saya bertemu rakyat sebagaimana yang dilakukan ketika menjadi wakil rakyat dan saya tidak nampak apa-apa kesan pun kerana kempen tetap berjalan seperti biasa.

“Berbekalkan pengalaman yang ada disertai dengan sokongan kawan-kawan, saya lebih yakin untuk bergerak bertemu rakyat dan saya akan ‘bertarung’ dengan musuh dalam suasana yang sihat,” katanya. 

Terdahulu, Laili mengumumkan pengunduran daripada BERSATU dan menyertai UMNO di hadapan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir dalam ‘upacara’ itu ialah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan calon Barisan Nasional (BN) DUN Endau, Mohd Youzaimi Yusof.

Ahmad Zahid berkata, UMNO sebuah parti yang terbuka dan sekiranya orang ramai tidak mahu menyertai parti itu, BN ada klausa untuk menerima mereka sebagai ahli secara langsung. - Getaran, 7 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global