web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Yakin Menang Bukti BN Masih Berpenyakit Angkuh, Sombong 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 6:09PM

Ismail Sabri Yaakob sebelum ini optimis BN mampu memenangi PRN Johor dengan majoriti dua pertiga pada 12 Mac ini bagi membentuk kerajaan negeri. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keyakinan Barisan Nasional (BN) bahawa mereka mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti dua pertiga membuktikan gabungan itu masih dilanda penyakit angkuh dan sombong. 

Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkata, perkara itu diyakini BN, khususnya UMNO selepas merasakan kuat susulan memiliki akar umbi yang ramai. 

Namun hakikatnya, beliau menegaskan, rakyat sudah mula hilang keyakinan kepada kemampuan gabungan terbabit dalam menerajui negara. 

“Walaupun Johor dikatakan kubu kuat UMNO namun calon yang bertanding pada PRN Johor kali ini ramai. Ini jelas petanda bahawa rakyat sudah bersedia menerima pilihan lain selain UMNO.

“Saya yakin, keadaan calon yang ramai sehingga ada kawasan bertembung lebih dari tiga penjuru adalah di luar jangkaan pemimpin UMNO pada peringkat awalnya," katanya, hari ini. 

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob optimis BN mampu memenangi PRN Johor dengan majoriti dua pertiga pada 12 Mac ini bagi membentuk kerajaan negeri.

Beliau yang juga Naib Presiden UNNO menyifatkan peluang BN untuk menang di Johor adalah baik, namun gabungan parti itu perlu menang lebih daripada sekadar majoriti mudah.

Zamani Ibrahim
Zamani Ibrahim

Mengulas lanjut, Zamani menegaskan, dalam kempen PRN Johor, parti lawan sepakat mengatakan UMNO ego, tamak kuasa dan sombong.

“UMNO sebenarnya tiada pilihan, PRN Johor adalah pilihan mereka sendiri, jadi BN sangat bergantung kepada ketokohan Datuk Seri Najib untuk diangkat menjadi idola rakyat walaupun terpalit dengan kes mahkamah. 

“Sangkaan bahawa bangsa Johor sentiasa bersama BN kini dinafikan pada hari penamaan baru-baru ini. Ini membuatkan BN gementar.” katanya. 

Lantaran itu, beliau menggesa rakyat Johor memilih pemimpin yang berkaliber dalam melaksanakan amanah demi memastikan masa depan negara terjamin. 

Pada masa sama, Zamani berpendapat calon perlu dipilih berdasarkan kewibawaan, integriti dan tinggi jiwa kepatuhannya kepada perlembagaan.

“Mana-mana parti yang pemimpinnya bermasalah, berpolitik kerana inginkan kuasa dan kekayaan semata mata mesti disingkirkan.

“Pilihlah yang mampu membawa perubahan kepada negara kita,” katanya. - Getaran, 7 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global