web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sudah Longgar SOP Kempen, Ahli Politik Jangan Lupa Diri

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Mar 2022 9:01AM

Majoriti penduduk mahukan pelaksanaan SOP diperketatkan susulan peningkatan COVID-19 akibat varian Omicron, pada PRN Johor Sabtu ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin dirasai dengan pelbagai parti politik giat memulakan kempen masing-masing secara lebih agresif, khususnya apabila hari pengundian bakal menjelang.

Golongan pemilih berdaftar yang ditemui akur dengan ketetapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya negeri Sabtu nanti, namun mereka memohon supaya prosedur operasi standard (SOP) diperketat.

Tinjauan Getaran di sekitar Muar mendapati, majoriti penduduk mahukan pelaksanaan SOP yang ketat disebabkan peningkatan wabak COVID-19 akibat varian Omicron. 

Muhammad Akmal Daud
Muhammad Akmal Daud

Penjawat awam, Muhammad Akmal Daud, 28, berkata, SPR perlu memandang serius perkara terbabit supaya tidak terdedah kepada jangkitan COVID-19 memandangkan kes pandemik itu semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

"SOP sepatutnya diperketat kerana kes meningkat di negeri ini. Namun, saya lihat ia semakin dilonggarkan sehingga boleh pula berkempen sehingga 12 tengah malam. 

"Kita harus berjaga-jaga, buatlah persediaan untuk pergi mengundi supaya tidak berlaku lonjakan kes kerana PRN,” katanya kepada Getaran ketika ditemui. 

Ahmad Daud Mohd Po'ad
Ahmad Daud Mohd Po'ad

Nelayan, Ahmad Daud Mohd Po'ad, 56, pula mencadangkan parti politik dan calon yang bertanding agar memperkasa kempen menerusi media sosial bagi mengurangkan program secara bersemuka. 

Pada masa sama dia berpendapat, pihak berkaitan perlu mengutamakan keselamatan dan kesihatan pengundi terutama dalam kalangan warga emas dan berisiko tinggi.

"Bagi pengundi, sebaiknya selepas sahaja mengundi, balik terus ke rumah sebab semasa PRN nanti keadaan akan sesak dan sukar untuk dijangka. 

"Sejujurnya, saya sendiri bimbang untuk pergi mengundi nanti sebab kes COVID-19 semakin tinggi di Johor, tetapi saya akan tetap tunaikan tanggungjawab bergantung kepada keadaan," katanya.

Ahmad Daud menegaskan, setiap pemimpin parti politik perlu menjadi contoh kepada masyarakat setempat dan bukannya melanggar SOP kerana mempunyai kuasa.

Jika itu disajikan kepada masyarakat, jelasnya, beliau tidak menolak lebih banyak pelanggaran SOP akan berlaku sekiranya pemimpin sendiri mengendahkannya.

"Apa yang penting adalah parti politik meminta SOP dilonggarkan dan SPR telahpun melonggarkannya. Itu dilakukan bagi meningkatkan penyertaan rakyat dan calon lebih aktif supaya boleh didekati pengundi.

"Bagaimanapun, calon dan jentera parti harus pandai-pandai, kena jaga, jangan jadi punca peningkatan. Saya risau peningkatan berlaku lebih daripada 30,000 kes selepas PRN Johor," katanya. 

Sementara itu, peniaga barangan elektrik, Wei Ah Soon berharap, SPR akan mempertingkatkan kawalan semasa hari pengundian seperti mengehadkan bilangan pengundi di semua saluran.

Menurut beliau, seharusnya pihak berkuasa menggariskan peraturan kepada pengundi supaya hadir ke pusat mengundi seorang diri.

"Meskipun SOP yang digariskan lebih memudahkan proses demokrasi dijalankan oleh setiap parti bertanding, tanggungjawab ketika ini terletak di bahu mereka.

"Setiap pihak yang terlibat dalam ceramah secara bersemuka atau apa sahaja aktiviti sepanjang PRN Johor perlu mematuhi SOP kendiri. Jika tidak, kes boleh naik mendadak sepertimana yang berlaku dalam PRN Sabah," katanya.

Terdahulu, SPR mengesahkan seramai 2,597,742 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor kali ini.

Seramai 239 calon ditampilkan pada pilihan raya itu membabitkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hari pengundian bagi PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac, manakala hari penamaan calon pada 26 Februari lalu dan tarikh mengundi awal pada 8 Mac. - Getaran, 8 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang