web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Johor Tolak PAS Kerana Parti 'Menunggang Agama'

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 2:17PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan PAS di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang ‘menunggang agama’ menyebabkan parti tersebut tidak disukai rakyat Johor. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, PAS juga disifatkan sebagai jumud atau berfikiran sempit, selain bukan parti politik bertunjangkan Islam.

“Yang di tolak oleh rakyat Johor ialah kejumudan PAS dan bukan politik Islam di samping parti itu yang menunggang agama bukan Islam syumul.

“Politik Islam pada rakyat Johor adalah Johor yang Islami. Islam sebagai pemacu kemajuan dan Islam yang mengajak orang di negeri ini berlumba-lumba melakukan amal soleh.

“Bukan politik Islam dengan masjid sehingga dua imam, fatwa kafir mengkafir and segala kejatuhan talak jika tidak menyokong PAS,” katanya. 

Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail
Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berhubung kenyataan Abdul Hadi bahawa kekurangan kesedaran politik Islam di Johor sebelum ini menjadi punca mengapa parti itu tidak mampu menawan hati penduduk di negeri berkenaan.

Presiden PAS itu berkata, kesedaran politik Islam di Johor kurang berbanding di Kelantan dan Terengganu yang menyaksikan parti terbabit bertapak kukuh.

Jelasnya, sungguhpun PAS membuka cawangan parti di Johor lebih awal berbanding di negeri lain, ia gagal mencapai matlamat diharapkan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled menegaskan, Johor sudah pasti bukan negeri paling ramai memiliki orang miskin seperti di Kelantan.

Katanya, apa yang nyata pembangunan Johor dipacu pelaburan asing, perdagangan, ekonomi rentas sempadan dan pelbagai nilai progresif.

“Bukan negeri tanpa bekalan air bersih, rakyat berhijrah keluar kerana tiada pekerjaan dan kerajaan diurus dengan wang ehsan.

“Dan bila dapat sahaja wang ehsan, keutamaan politik Islam PAS adalah Mercedes untuk Exco,” katanya. 

Lantaran itu, Mohamed Khaled berkata, rakyat khasnya orang Melayu akan terus menjadi mundur jika politik Islam PAS menjadi pilihan.

“Ini disebabkan mereka bukan menghidupkan suasana Islam dalam negara, tetapi mencari kehidupan, kemewahan dan jawatan dengan Islam,” katanya. - Getaran, 8 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global