web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mohd Puad Didakwa Melobi Jawatan MB Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Mar 2022 6:43PM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi didakwa melobi jawatan Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini. 

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ia kerana Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mempunyai kekuatan dan hubungan lebih utuh bersama pimpinan parti itu, berbanding mantan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad. 

 Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail
Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Menurutnya, ketika ke Rengit baru-baru ini, beliau mendengar khabar bahawa Mohd Puad sudah beberapa minggu giat melobi untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Hasni sekiranya UMNO menang.

“Khabarnya, antara hujah digunakan adalah sebagai Ahli MKT yang dilantik sendiri oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dia boleh membawa UMNO Johor lebih rapat dengan agenda Presiden UMNO berbanding Hasni.

"Puad juga dikatakan sudah menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Zahid dan Najib, maka sekarang adalah masa untuk menerima ganjaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

 

Semasa saya ke Rengit baru-baru ini, saya mendengar khabar bahawa Datuk Mohd Puad Zarkashi telah beberapa minggu giat...

Posted by Wan Saiful Wan Jan on Monday, March 7, 2022

Jelasnya, kemungkinan disebabkan dakwaan tersebut, Mohd Puad diberi watikah oleh Ahmad Zahid untuk bertanding di kerusi DUN Rengit walaupun beliau mengidamkan kerusi Parlimen. 

“Sekiranya berita ini betul, maka malang sekali untuk maruah bangsa Johor. 

“Mohd Puad penyokong tegar Najib dan Zahid ini akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk agenda peribadi dia dan boss-boss nya,” katanya.

Mohd Puad bagaimanapun menyangkal dakwaan Wan Saiful dan menegaskan akan menolak jawatan Exco sekiranya BN kembali ditadbir di bawah pimpinan Hasni. 

Beliau yakin tindakan Wan Saiful itu tidak laku dan membuktikan BERSATU tiada masa depan, selain PRN Johor adalah ‘kubur’ buat parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebut. 

“Poster boy PRN Johor ini adalah Hasni dan dia sudah pun diumum secara terbuka akan menjadi Menteri Besar, sekiranya UMNO menang PRN Johor. Saya pun sudah memberitahu Hasni bahawa sekiranya menang di DUN Rengit, jawatan Exco pun saya tak nak.

“Maka, tidak timbul dakwaan Wan Saiful mengatakan ada perancangan lain melibatkan diri saya. Apa yang dikatakannya itu hanyalah fitnah semata-mata,” katanya. - Getaran, 8 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad